Baybees&Todds (BB&T) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS) untuk membangunkan pelbagai pengisian dan kandungan program latihan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECE), dalam usaha meningkatkan dan mendidik pelajar dan pengamal.
Kerjasama unik ini adalah yang pertama seumpamanya antara organisasi yang didedikasikan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ia akan menyaksikan BB&T menyumbang kepakaran dan pengalamannya dalam komunikasi dan pembangunan kandungan untuk menyokong PICOMS dalam Program Diploma ECE. PICOMS, sebuah Institut Pengajian Tinggi, memberi tumpuan kepada pendidikan pelajar termasuk latihan, program penyelidikan dan aktiviti untuk meningkatkan ECE di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif BB&T, Zaim Izkandar Zaini berkata: “Kerjasama ini akan memberi peluang kepada kami berkongsi kepakaran dalam bidang komunikasi, pemasaran dan pembangunan kandungan dengan pensyarah PICOMS serta berkolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Melalui kolaborasi ini diharapkan ECE akan dilihat sebagai aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting, dan seterusnya membuka jalan ke arah mewujudkan keusahawanan berdasarkan ECE serta mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan ini,".
Naib Canselor PICOMS Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata: "PICOMS akan menyediakan kemudahan latihan, penyelidikan, program pengajian dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak dan berkongsi kepakaran dalam program yang berkaitan dengan pendidikan serta bekerjasama untuk membangunkan produk.
"Kami juga akan menyediakan pengisian program Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk dikongsi di platform multimedia BB&T dan juga platform syarikat sekutunya, bzBee Consult Sdn Bhd. PICOMS juga akan membantu mempromosikan jenama BB&T dalam kalangan pelajar ECE kami serta pihak berkepentingan kami yang lain,” tambah Prof Dr Wan Mohd Azizi.
Menurut Pengerusi Eksekutif BB&T, Prof Mohd Said Bani CM Din, hala tuju perniagaan BB&T adalah untuk menjadi pusat sehenti yang menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Syarikat ini dibentuk oleh dan akan dikendalikan ibu bapa yang juga usahawan muda yang berminat dalam pelbagai bidang berkaitan perkembangan bayi dan kanak-kanak termasuk ECE. ECE adalah aspek penting dalam melahirkan anak-anak yang berkeyakinan, cerdas dan serba boleh yang akan menjadi pemimpin bangsa pada masa hadapan.
Melalui kolaborasi ini, PICOMS antara lain akan menyediakan pelajar dan program latihan yang relevan, kemudahan penyelidikan, program dan aktiviti yang berkaitan dengan ECE, perkongsian kepakaran, pembangunan produk dan pelbagai kandungan ECE untuk dibangunkan lebih lanjut oleh BB&T. PICOMS juga akan mempromosikan jenama BB&T dalam kalangan pelajarnya.
MOU ini menyaksikan BB&T meyumbang kepakarannya dalam program latihan PICOMS, pembangunan pengisian ECE, perkongsian kepakaran terutama dalam bidang komunikasi, promosi, pemasaran dan pembangunan kandungan berkaitan dengan modul ECE PICOMS.
MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BB&T Zaim Izkandar Zaini dan Prof Dr Wan Mohd Azizi dari PICOMS. Ia juga disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif BB&T Prof Mohd Said Bani CM Din. Majlis diadakan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.
Kenyataan Media
Thu Mar 25 2021

MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BB&T Zaim Izkandar Zaini dan Prof Dr Wan Mohd Azizi dari PICOMS.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Usaha sama Baybees&Todds dan PICOMS merangsang pembangunan pendidikan awal kanak-kanak
Baybees&Todds (BB&T) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS).