KUALA LUMPUR: Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Putrajaya, Dr Azizul Awaluddin berkata, hal ini dapat mengakibatkan diskriminasi, prasangka dan peminggiran terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
Ujarnya lagi, hal ini tidak hanya membuat mereka sukar mendapatkan bantuan dan sokongan, tetapi juga menghadkan penyertaan mereka sepenuhnya dalam masyarakat.
"Stigma bukan sekadar isu sosial, tetapi ia juga menjadi penghalang kepada rawatan kesihatan mental dan boleh mendatangkan kesan berbahaya bagi mereka yang terjejas oleh keadaan kesihatan mental sehingga boleh cenderung kepada tingkah laku berisiko.
"Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati 2.3 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah kemurungan.
"Manakala seorang daripada lapan remaja pernah terfikir untuk membunuh diri dan 1 daripada 10 remaja pernah cuba membunuh diri.
"Keadaan ini sangat membimbangkan dan perlu usaha yang proaktif daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan rakan-rakan strategik untuk tangani isu ini," katanya mengulas lanjut.
Justeru, KKM melakukan pelbagai usaha dalam membendung stigma terhadap kesihatan mental menerusi tema sambutan di peringkat kebangsaan, Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 iaitu 'Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma'.
Tema ini berpandukan kepada tema yang telah diberi pada tahun ini oleh World Federation of Mental Health (WFMD) iaitu 'Mental Health is a Universal Human Right'.
Menurut Dr Azizul, tema ini menekankan keperluan penjagaan kesihatan mental sebagai hak asasi sejagat.
"Untuk mencapai matlamat menghentikan stigma kesihatan mental, KKM di bawah National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH) telah merangka Pelan Tindakan.
"Pelan ini merangkumi pelbagai inisiatif seperti mengaktifkan kumpulan teknikal kerja kesihatan mental, melibatkan Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental (MPPKM) dari pelbagai sektor, serta memfokuskan pada komponen psikopendidikan melalui pameran advokasi dan latihan kesedaran.
"Masyarakat pula perlu mengadaptasi tema sambutan ini seiring budaya serta hala tuju program kesihatan mental di Malaysia ke arah menghentikan stigma terhadap kesihatan dan penyakit mental.
"Peranan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sokongan emosi dari ahli keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat adalah kritikal," ujar beliau ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Jumaat.
Beliau berharap melalui kempen ini, literasi kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat ditingkatkan, dan stigma terhadapnya dapat dihentikan.
"Ia bukan sahaja dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih bermakna, malah membolehkan kebahagiaan, hubungan harmoni dan produktiviti di tempat kerja.
"Untuk rawatan atau intervensi awal, pesakit disaran untuk mendapatkan temu janji di klinik kesihatan primer terdekat atau menghubungi TALIAN HEAL 15555 untuk khidmat kaunseling secara atas talian.
"Aplikasi MySejahtera turut menyediakan komponen minda sihat, MyMinda yang dapat membantu individu dalam melakukan saringan awal kesihatan mental," tambah beliau.
Kesihatan mental merupakan aspek kesejahteraan yang tidak dapat dipisahkan seiring kesihatan fizikal dan merupakan elemen utama dalam definisi kesihatan secara keseluruhan.
Nabilah Khaleeda
Tue Nov 21 2023
![Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695373921_TBSAKITMENTAL.jpg)
Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental. - Gambar hiasan
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
![Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695373921_TBSAKITMENTAL.jpg)
Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental
Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
![COVID-19: Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes di Singapura COVID-19: Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655833592_visitsingapore.jpg)
COVID-19: Subvarian Omicron baharu cetus peningkatan kes di Singapura
Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu.
![Penduduk Singapura boleh pilih vaksin COVID-19 Penduduk Singapura boleh pilih vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618387339_vaksinasisarawak.jpg)
Penduduk Singapura boleh pilih vaksin COVID-19
Kerajaan Singapura menyasarkan kesemua penduduk divaksin menjelang hujung tahun ini.
![COVID-19: Singapura lapor 215 kes baharu, jumlah melebihi 44,000 COVID-19: Singapura lapor 215 kes baharu, jumlah melebihi 44,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61593424077_singaporecovid.jpg)
COVID-19: Singapura lapor 215 kes baharu, jumlah melebihi 44,000
Singapura hari ini melaporkan 215 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 kes dalam komuniti menjadikan jumlahnya di republik ini kepada 44,122 kes.
![COVID-19: 151 kes baharu di Singapura, hanya dua kes dalam komuniti COVID-19: 151 kes baharu di Singapura, hanya dua kes dalam komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586318313_nasihatbert.jpg)
COVID-19: 151 kes baharu di Singapura, hanya dua kes dalam komuniti
Singapura yang akan memasuki Fasa Kedua pembukaan semula mulai 19 Jun, telah mengesahkan 151 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
![COVID-19: Singapura catat kematian ke-26 COVID-19: Singapura catat kematian ke-26](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591951974_TBCovidSingapore.jpg)
COVID-19: Singapura catat kematian ke-26
Singapura yang merekodkan 347 kes baharu COVID-19, mencatatkan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 26.
![COVID-19: Jumlah kes di Singapura melepasi 40,000 dengan 347 kes baharu COVID-19: Jumlah kes di Singapura melepasi 40,000 dengan 347 kes baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591028777_SingapuraCovid.jpg)
COVID-19: Jumlah kes di Singapura melepasi 40,000 dengan 347 kes baharu
Catatan awal mengesahkan tambahan 347 kes jangkitan COVID-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlahnya di republik ini 40,197.
![COVID-19: Singapura catat 463 kes baharu,18 dalam komuniti COVID-19: Singapura catat 463 kes baharu,18 dalam komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587082606_covidsingapura.jpg)
COVID-19: Singapura catat 463 kes baharu,18 dalam komuniti
Singapura melaporkan 463 lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes di republik itu.
![COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000 COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591028777_SingapuraCovid.jpg)
COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000
Singapura melaporkan 422 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti virus itu adalah warga asing yang menetap di asrama pekerja.
![COVID-19: Singapura catat 344 kes baharu, jumlah keseluruhan 37,527 COVID-19: Singapura catat 344 kes baharu, jumlah keseluruhan 37,527](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591001745_TBjpg.jpg)
COVID-19: Singapura catat 344 kes baharu, jumlah keseluruhan 37,527
Singapura mengesahkan 344 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 37,527 kes.