Inisiatif yang dilakukan pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Azmi Mohd Zain harus dipuji kerana beroperasi secara proaktif dengan usaha sendiri.
Menurut perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, golongan yang terpinggir harus diberi keutamaan supaya mereka mendapat pembelaan sama seperti orang lain.
Beliau berkata demikian ketika melawat pusat jagaan tersebut yang menempatkan 70 penghuni, pada Rabu.
Jelas Najib, golongan yang terpinggir sering dianaktirikan oleh sesetengah masyarakat.
Untuk itu, katanya, pelbagai pihak digesa agar memberi perhatian dan turut sama memantau usaha yang dilakukan oleh beberapa individu yang sanggup mengorbankan masa dan wang semata-mata mahu membela nasib mereka yang tidak berkemampuan.
Prihatin dengan inisiatif pengerusi pusat jagaan itu, beberapa pihak turun padang bersama perdana menteri untuk menghantar barang-barang keperluan seperti kerusi roda, tilam, lampin pakai buang dan makanan.
Sementara itu, kerja baik pulih sistem paip dan pendawaian elektrik bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat agar penghuni di situ dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Pusat jagaan yang terletak di Kajang itu sudah beroperasi sejak 2013.
Ia ditubuhkan bagi membantu individu yang tidak berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) hidup sebatang kara selain remaja yang terjerumus dalam masalah sosial.
Malissa Sahari
Wed Mar 23 2016
![Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458749208_NajibTunRazakmel.jpg)
Najib (kanan) bersama pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Azmi Mohd Zain ketika lawatannya pada Rabu. -Astro AWANI
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458749208_NajibTunRazakmel.jpg)
Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri
Perdana Menteri turun padang untuk menghantar barang-barang keperluan seperti kerusi roda, tilam, lampin pakai buang dan makanan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah.