KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun, bersama masyarakat antarabangsa perlu berusaha untuk masa depan rakyat Palestin yang lebih baik, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi.
"Di tengah-tengah pertempuran yang berpanjangan, Jepun amat mengambil berat tentang situasi kemanusiaan yang kritikal di Gaza. Sejak Oktober lalu, Jepun telah melaksanakan bantuan kemanusiaan lebih AS$100 juta bagi menyokong Palestin, termasuk Gaza.
"Jepun mengalu-alukan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 mengenai situasi di Gaza pada 10 Jun. Sokongan daripada Malaysia terhadap resolusi ini juga menggalakkan," katanya.
Takahashi membuat kenyataan ini dalam ucapannya semasa sambutan Japan's 70th Self-Defence Forces' Day di kediamannya pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Takahashi menekankan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 sebagai peluang penting untuk menangani cabaran serantau.
Beliau menekankan prinsip perkongsian antara inisiatif Visi Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka Jepun (FOIP) dan ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP).
"Kerjasama dengan negara-negara ASEAN amat diperlukan. AOIP berkongsi prinsip asas dengan FOIP dan Jepun bersedia menyokongnya.
"Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar sebagai pengerusi ASEAN dalam menangani cabaran serantau dan Jepun bersedia menyokong Malaysia dalam melaksanakan kepimpinannya," katanya.
Mengenai hubungan dua hala, beliau menekankan kerjasama keselamatan yang semakin erat antara Jepun dan Malaysia, termasuk latihan bersama pertama antara Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun dan Tentera Laut Diraja Malaysia tahun ini.
"Kami memilih Malaysia secara strategik sebagai satu daripada empat negara penerima pertama Bantuan Keselamatan Rasmi atau Official Security Assistance (OSA) tahun lepas.
"Selain itu, Tiga Prinsip Jepun mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan telah disemak semula untuk membolehkan pemindahan peralatan pertahanan ke luar negara dan memudahkan kerjasama pertahanan yang lebih lancar antara negara kita.
"Saya berharap untuk melihat hasil yang ketara dengan Malaysia dalam bidang ini juga," katanya.
Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, duta besar dan atase tentera kor diplomatik di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
![Usaha bersama Malaysia, Jepun dan komuniti global diperlukan untuk Palestin - Takahashi Usaha bersama Malaysia, Jepun dan komuniti global diperlukan untuk Palestin - Takahashi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719414721_KatsuhikoTakahashi.jpg)
Takahashi berkata, Jepun mengalu-alukan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 mengenai situasi di Gaza pada 10 Jun. - Bernama
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
![“Sayonara, Malaysia” : Duta Jepun puji kemampuan Malaysia dan kukuhkan hubungan dua hala “Sayonara, Malaysia” : Duta Jepun puji kemampuan Malaysia dan kukuhkan hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730170094_tbKatsuhikoTakahash.jpg)
“Sayonara, Malaysia” : Duta Jepun puji kemampuan Malaysia dan kukuhkan hubungan dua hala
"Sayonara, Malaysia. Anda akan dirindui." Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi akhiri perkhidmatan tiga tahun di negara ini.
![Usaha bersama Malaysia, Jepun dan komuniti global diperlukan untuk Palestin - Takahashi Usaha bersama Malaysia, Jepun dan komuniti global diperlukan untuk Palestin - Takahashi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719414721_KatsuhikoTakahashi.jpg)
Usaha bersama Malaysia, Jepun dan komuniti global diperlukan untuk Palestin - Takahashi
Sejak Oktober lalu, Jepun telah melaksanakan bantuan kemanusiaan lebih AS$100 juta bagi menyokong Palestin, termasuk Gaza.
![Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693457890_TBJAPANROTI.jpg)
Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik
Takahashi dilihat menikmati makanan dan minuman seperti nasi kandar, maggi goreng, teh tarik, milo dinosaur', roti tisu dan roti canai.
![Pertukaran pertahanan antara Jepun-Malaysia kembali ke tahap sebelum ini - Duta Pertukaran pertahanan antara Jepun-Malaysia kembali ke tahap sebelum ini - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688571707_KatsuhikoTakahashi.jpg)
Pertukaran pertahanan antara Jepun-Malaysia kembali ke tahap sebelum ini - Duta
Pertukaran pertahanan antara Jepun dan Malaysia kembali ke tahap prapandemik, kata Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi.
![Bon Odori galakkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi Bon Odori galakkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657985002_AmirudinShariTaka.jpg)
Bon Odori galakkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi
Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan hari ini adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.
![PM Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan kepada Shinzo Abe PM Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan kepada Shinzo Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657722312_TBISMAILSABRIJEPUNSI.jpg)
PM Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan kepada Shinzo Abe
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meninggal dunia pada Jumaat.
![Duta Jepun ucap terima kasih atas ucapan takziah pemergian Abe Duta Jepun ucap terima kasih atas ucapan takziah pemergian Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657363031_KatsuhikoTakahashi.jpg)
Duta Jepun ucap terima kasih atas ucapan takziah pemergian Abe
Takahashi dalam hantarannya di Twitter berkata bendera Jepun dinaikkan separuh tiang di kediaman dan kedutaan.
![MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656415969_TakahashiKatsuhiko.jpg)
MoC antara Jepun-Malaysia lengkapkan pekerja dengan kemahiran untuk kembali ke pasaran - Duta
MoC itu tidak bermakna Jepun mengambil tenaga kerja dari Malaysia.