Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bunuh yang membabitkan tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar pada Jumaat lalu.
Sebaliknya, beliau mahu polis menjalankan siasatan terperinci bagi memberkas penjenayah yang bertanggungjawab membunuh tiga beradik berkenaan.
Jelas Mukhriz, kejadian malang ini begitu mengejutkan semua pihak kerana dalam usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan keadaan aman dan harmoni kini digemparkan dengan kejadian memilukan ini.
“Ini sesuatu yang sangat mengejutkan dan menyayat hati kerana dalam usaha kita untuk menonjolkan sebuah negeri yang aman makmur,” katanya.
“Kadang-kadang perkara seperti ini boleh berlaku dan saya yakin pihak polis akan cepat dan menyeluruh dalam siasatan dan kita serahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk lakukan apa yang patut untuk memberkas penjenayah ini dan dibawa ke muka pengadilan,” tambah beliau.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan bertemu bapa mangsa, Rusdi Rani dan keluarga mangsa di Kampung Alor Semela, Alor Setar.
Pada pertemuan itu Mukhriz menyampaikan sumbangan peribadi beliau bagi meringankan beban keluarga.
Jumaat lalu tiga beradik ini dikatakan telah keluar rumah untuk bertemu kawan mereka di Kampung Gelam yang terletak berdekatan rumah.
Bagaimanapun mereka yang berusia tiga, 12 dan 14 tahun ditemui mati di kawasan berasingan.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong pukul 3.45 petang Sabtu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat.
Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang Ahad di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Polis dalam pada itu berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda mangsa telah dirogol.
Astro Awani
Mon Dec 02 2013
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata sesuatu dalam pertemuan dengan bapa mangsa, Rusdi Rani - Foto Astro AWANI
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.