Semua pihak terutamanya pengusaha industri diberi amaran tegas supaya lebih bertanggungjawab menguruskan sisa toksik dan buangan terjadual berbahaya atau bersedia berdepan hukuman perundangan paling maksimum.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata amaran itu susulan penemuan lebih 1,000 tong dram dan 'jumbo bag' disyaki mengandungi bahan enap cemar minyak serta getah selain buangan pigmen dan campuran buangan toksik secara haram di kawasan seluas hampir satu hektar di Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia di sini, semalam.
"Dua lot tanah itu diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor hasil risikan sejak sebulan lalu. Siasatan awal mendapati ia beroperasi sejak tiga bulan lepas iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
"JAS Selangor sedang membuat pensampelan ke atas kesemua bahan buangan tersebut untuk dianalisis Jabatan Kimia bagi menentukan jenisnya selain mengumpul bukti untuk menjejaki dan mendakwa pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi pembuangan sisa toksik haram terbabit, hari ini.
Turut meninjau lokasi pembuangan sisa toksik haram itu adalah Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar.
Tuan Ibrahim menegaskan JAS tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang elemen pencemaran dan beliau yakin pihak tidak bertanggungjawab itu akan dapat dijejaki dalam masa terdekat untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16,18,19, 34A, 34B dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Contohnya kata beliau, bagi kesalahan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling, pihak yang didakwa boleh dihukum penjara mandatori dan didenda sehingga setengah juta ringgit, jika sabit kesalahan.
Pada masa sama kata Tuan Ibrahim, pihaknya juga mendapat kerjasama baik dengan kerajaan negeri Selangor bagi mengesan pemilik tanah lot berkenaan untuk dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, Hee berkata lokasi yang menjadi 'mangsa' pembuangan sisa toksik haram itu berstatus tanah pertanian yang kedua-dua pemiliknya sudah dikenal pasti.
"Apa yang berlaku di sini telah melanggar syarat guna tanah. Oleh itu, Notis 7A di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965 dikeluarkan kepada pemilik terbabit dan mereka harus bersedia berlakunya rampasan tanah jika tiada respons daripada kedua-dua pihak itu dalam tempoh sebulan dari tarikh notis," katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata kerajaan dalam proses membina lima kemudahan pengurusan sisa bersepadu iaitu di Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang bagi memastikan sisa buangan terjadual dapat diurus dengan lebih baik serta cermat.
Ditanya mengapa Selangor tidak dibina kemudahan sama memandangkan negeri ini mempunyai sektor industri yang sangat berkembang, beliau berkata pengusaha industri boleh memanfaatkan pusat pelupusan buangan terjadual di Negeri Sembilan kerana jaraknya tidak terlalu jauh.
Jelas beliau, ketiadaan pusat pelupusan buangan terjadual di setiap negeri bukan alasan wujudnya tapak pembuangan sisa kimia haram kerana ia lebih kepada sikap pengusaha industri atau syarikat pengangkut bahan itu yang tidak mementingkan penjagaan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Tuan Ibrahim berkata kerajaan dalam proses membina lima kemudahan pengurusan sisa bersepadu iaitu di Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Kes rasuah: Nasib Zahid ditentukan 24 Januari
Ahmad Zahid dituduh dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.