Polis menahan dua guru lelaki petang ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14
orang setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada 5 petang tadi bagi membantu siasatan.
"Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu.
Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru.
Semalam, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Bernama
Fri Sep 19 2014
Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
SPM 2020: Apa rahsia kecemerlangan keputusan di sebalik cabaran pandemik?
Keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini membuka lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Format peperiksaan SPM 2020 kekal - Lembaga Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.
COVID-19: KPM keluarkan garis panduan peperiksaan awam baharu
KPM mengeluarkan garis panduan baharu selaras dengan kelaziman baharu untuk menduduki peperiksaan awam.
NUTP gesa kementerian beri pencerahan berhubung ujian tingkatan tiga
NUTP menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.
SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.
Guru wanita maut, kereta langgar pembahagi jalan di LPT2
Seorang guru wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.
PBS gilap potensi akademik, kokurikulum pelajar secara seimbang - LPM
Dr Rahimah Adam berkata hal ini kerana PBS menilai aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Boleh rayu semakan semula kertas peperiksaan UPSR - LPM
Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mahkamah Tinggi batal saman berhubung kebocoran kertas UPSR
Mahkamah membatalkan saman seorang pelajar lelaki yang menghidapi disleksia terhadap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kerajaan berhubung kebocoran dalam peperiksaan UPSR.