Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membatalkan saman seorang pelajar lelaki yang menghidapi disleksia terhadap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kerajaan berhubung kebocoran dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.
Hakim Datuk Rosnaini Saub membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan LPM dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh K.Mangala Bhavani iaitu ibu Ananda Krishnan Menon, 13.
Beliau memerintahkan plaintif membayar RM3,000 sebagai kos kepada kedua-dua defendan (pengarah LPM dan kerajaan).
Pada 13 Okt tahun lepas, ibu pelajar itu memfailkan saman bagi pihak anaknya kerana mendakwa defendan cuai dalam mengendalikan peperiksaan UPSR pada tahun lepas sehingga menyebabkan anak lelakinya terpaksa menduduki semula beberapa kertas soalan.
Dalam kenyataan tuntutan, pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu mendakwa bahawa defendan gagal melaksanakan sistem yang selamat untuk menghalang kebocoran kertas soalan.
Semasa membuat keputusannya, Rosnaini memutuskan bahawa dakwaan plaintif terhadap defendan cenderung untuk gagal dan jelas tidak dapat bertahan serta ia adalah kes yang wajar bagi mahkamah untuk membatalkan saman.
Dalam penghakiman lapan muka surat yang dibacakan oleh Penolong Pendaftar Kanan Mohd Isa Md Nor, hakim itu juga memutuskan bahawa dakwaan plaintif tidak mengandungi sebab-sebab yang munasabah terhadap defendan.
Rosnaini berpendapat adalah melangkaui kebolehramalan yang sewajarnya untuk menyatakan bahawa pengarah LPM, selaku defendan pertama, bertanggungjawab terhadap penyakit psikiatrik yang dialami oleh plaintif akibat kebocoran kertas soalan UPSR.
"Plaintif cuma seorang daripada beratus-ratus ribu calon yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun itu. Defendan pertama mungkin bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pemantauan keseluruhan peperiksaan UPSR, tetapi adalah tidak adil dan tidak munasabah untuk mengenakan atau meletakkan tanggungjawab penjagaan setiap pelajar terhadapnya," kata beliau.
Menurutnya pertimbangan dasar awam juga perlu diambil kira memandangkan defendan pertama ialah pegawai awam.
Beliau menegaskan walaupun peguam mewakili plaintif betul apabila menyatakan penyakit psikiatri adalah ganti rugi yang diperakui dalam Common Law, khususnya dalam konteks melakukan kecuaian, namun perakuannya adalah terbatas.
"Seperti yang telah saya nyatakan, ia mesti lulus ujian kebolehramalan dan kedekatan seperti dijelaskan sebelumnya. Pengakuan plaintif, pada pendapat saya, gagal untuk menunjukkan hal ini," katanya.
Dalam saman itu, Ananda Krishnan mendakwa defendan gagal untuk menyelia kakitangan dan ejen-ejen dari mula proses sehingga pengagihan kertas soalan peperiksaan untuk mengelak kebocoran.
Peperiksaan itu pada mulanya dijadualkan dari 9 hingga 11 Sept tahun lepas tetapi pelajar terpaksa menduduki semula kertas soalan Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 Sept dan 9 Okt tahun lepas berikutan kebocoran.
Ananda Krishnan berkata sebagai penghidap disleksia, beliau mengalami tekanan emosi, kesengsaraan, kekecewaan dan hilang semangat untuk menduduki semula kertas soalan.
Beliau memohon ganti rugi khas dan ganti rugi am serta kos.
Kedua-dua defendan dalam kenyataan tuntutan mereka yang difailkan pada 3 Dis tahun lepas, berkata mereka tahu tentang kebocoran membabitkan kertas soalan Bahasa Inggeris 1 dan 2 melalui laporan berita yang menunjukkan soalan sama sebagai soalan sebenar.
Siasatan mendapati perkara itu benar dan LPM menbatalkan kertas soalan itu dan mengarahkan pelajar menduduki semula kertas soalan berkenaan.
Defendan juga menagaskan bahawa pembatalan kertas soalan bahasa Inggeris dan Matematik adalah mengikut Peraturan 9 Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997.
Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili LPM dan kerajaan manakala plaintif diwakili oleh peguam V. Rajadevan.
Bernama
Thu Apr 02 2015
Pada 13 Okt tahun lepas, ibu pelajar itu memfailkan saman bagi pihak anaknya kerana mendakwa defendan cuai dalam mengendalikan peperiksaan UPSR. - Gambar Fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Enam guru dipilih sertai projek rintis Tabika Autisme Melaka
Kemas Melaka kenal pasti tiga lokasi di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah bagi memudahkan akses masyarakat kepada Tabika Autisme itu.
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.