Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 200 guni benih kerang ke Thailand bernilai RM78,000 di Taman Gemilang, Jitra awal pagi tadi.
Komander UPP Kedah Abdul Latif Rahman berkata sepasukan anggotanya menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki berusia 32 dan 38 tahun pada kira-kira 4 pagi, dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori tiga tan yang ditutup kanvas itu menemui 200 guni berisi benih kerang dipercayai diperoleh dari Pantai Remis, Perak.
"Modus operasi mereka adalah guna jalan biasa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Kemudian bila mereka sampai di Bukit Kayu Hitam, mereka akan punggah benih kerang ini ke dalam kereta untuk diseludup keluar ke Thailand.
"Mereka guna kereta lama yang sudah uzur untuk membawa muatan tersebut dan turut ambil kesempatan masuk ke negara jiran awal pagi sewaktu pintu pagar sempadan kedua-dua negara mula dibuka," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam hari ini.
Abdul Latif berkata suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Changlun serta Kodiang itu dipercayai mengambil upah menghantar benih berkenaan kepada seseorang yang menunggu di pintu sempadan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki telah empat kali melakukan kegiatan itu dengan upah sekitar RM6,000 jika berjaya menyeludup keluar benih kerang berkenaan.
"Setiap guni benih kerang bernilai RM390 dan apabila dijual di Thailand, ia akan meningkat dua kali ganda kerana mendapat permintaan yang tinggi," katanya.
Abdul Latif berkata kes itu akan diserah kepada Jabatan Perikanan negeri dan tindakan diambil mengikut Seksyen 9(2) Penjualan/Pembekalan Benih Kerang iaitu tiada lesen membawa benih kerang dan tempat di mana hendak dilepaskan.
Astro Awani
Mon Apr 01 2013
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UPP Kedah rampas benih kerang bernilai RM78,000
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 200 guni benih kerang ke Thailand bernilai RM78,000.