TO be stylish doesn’t cost a bom, rather shouldn’t cost a bomb. Itu falsafah yang paling ringkas untuk menterjemahkan bagaimana kepentingan gaya dalam hidup seseorang.

Dalam pembentukan tatagaya, ada beberapa ‘benda’ yang wajib ada dalam almari pakaian setiap orang.

Apa yang dijelaskan dalam artikel minggu ini ialah helaian asas (basic) di mana ‘pembinaan’ konsep tatagaya anda dimulakan.

Berikut item yang wajib ada untuk setiap orang tidak kira perempuan atau lelaki:

1. Kemeja putih

Dari segi warna, ia sesuai dengan semua warna kulit manusia dimuka bumi ini. Rekaan pula boleh dibutangkan dan nampak saperti high-collar atau dibuka dua butang teratas memberi bentuk ‘V’ pada neckline.

Bentuk neckline V adalah bentuk yang sangat flattering untuk semua orang kerana ia memberi illusi leher jinjang dan muka nampak lebih tirus.

Jika kemeja itu berlengan panjang, ia memberi beberapa styling options, dipakai as it is atau dilipat 3/4 panjang atau dilipat pendek atas paras siku.

Kemeja putih juga boleh dipakai sebagai outerwear. Jika anda merasa agak janggal dengan memakai kemeja-T, kemeja putih boleh menyelamatkan keadaan sebagai lapisan atas.

Oleh kerana kemeja putih itu tidak mempunyai banyak design lines, potensi untuk menatagayakan helaian ini adalah amat luas.

2. Kemeja-T putih

Asal usul kemeja –T putih pun agak humble. Ia adalah pakaian remaja untuk beriadah, bersantai.

Bagaimanapun, dengan evolusi dan kemajuan fesyen, kemeja-T putih sudah memasuki arus perdana fesyen, terima kasih kepada stylist-stylist yang telah menyumbang kepada perkembangan ini.

Sebagai helaian lapisan dalam, kemeja-T putih boleh dipakai bersama blazer untuk ke pejabat, dipakai dengan seluar sukan untuk beriadah, dipakai dengan seluar jeans di hari minggu, dipakai dengan skirt kembang ala Dior untuk berpesta; sangat versatile.

3. Seluar jeans denim biru

Warna biru gelap adalah termasuk dalam kategori warna neutral. Maknanya anda boleh padankannya dengan warna apa, bentuk blaus macam mana; ia tidak akan mengganggu tatagaya keseluruhannya.

Seluar jeans denim biru telah memasuki arus perdana fesyen lebih awal jika dibandingkan dengan kemeja-T. Boleh dipadankan dengan blaus chiffon beropol untuk ke majlis semi-formal; dipadankan dengan kemeja putih dan blazer untuk ke pejabat; dipadankan dengan kemeja-T untuk bersantai dan sebagainya.

Tapi saya tidak mengesyorkan seluar jeans denim yang koyak kerana ia memberi illusi dan persepsi yang agak negatif.

JEANS biru, kasut dan blazer hitam pelengkap gaya seseorang. - Gambar hiasan



4. Blazer hitam

When in doubt, just throw over a blazer. Ini juga adalah helaian penyelamat kita. Bayangkan situasinya di pejabat dan tiba-tiba bos nak jumpa atau bos panggil untuk mesyuarat.

Ketrampilan diri, kerapian diri harus dijaga setiap masa. Anda mungkin tidak sedar tapi sebenarnya anda diperhatikan setiap saat. Apa yang membezakan ada dengan rakan-rakan sekerja. Jika prestasi kerja hampir sama, what makes you an outstanding material?

Imej anda, ketrampilan anda! Melaburlah dengan bijak untuk diri sendiri.

5. Cermin mata hitam

Ini adalah salah satu elemen pelengkap untuk tatagaya. Ia bukan barangan asas dan tidak juga barangan mewah. Tetapi bila anda mengenakannya, anda terus kelihatan mewah! Satu-satu barangan berjenama yang mampu diperolehi.

6. Tas tangan berjenama

Untuk kelihatan bergaya anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Malah saya mengesyorkan anda supaya selalu membeli barangan yang mempunyai value for money. Tapi saya juga mencadangkan dalam banyak-banyak item pakaian milik anda, cuba perolehi satu tas tangan jenama, contohnya, tas tangan jenama Prada.

Ikatlah perut untuk beberapa bulan dan dapatkan satu tas tangan atau beg klac Prada atau mana mana jenama antarabangsa pilihan anda.

Yes, dunia sangat tidak adil kerana kita dikelilingi olih orang orang yang judgemental.

Dan kadang-kadang untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu berinteraksi dengan orang orang ini. Anggaplah beg jenama itu sebagai satu pelaburan yang penting untuk anda mencapai matlamat anda.

7. Sedikit aksesori

Pelengkap tatagaya, pemakaian aksesori mencerminkan perwatakan anda, salah satu cara non-verbal untuk memperkenalkankan siapa diri anda.

Bagaimanapun, pemakaian aksesori seperti subang, anting anting, rantai leher, tertakluk kepada etika berpakaian.

Contohnya, jika ke pejabat, untuk kelihatan profesional kaum wanita digalakkan memakai subang daripada anting anting.

Satu benda lagi yang jangan sesekali dilupakan ialah kasut. Yang wajib ada ialah kasut hitam.

Ya, itu juga item penyelamat untuk kita.




* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.