CITARASA industri fesyen kini semakin pelik. Setelah beberapa koleksi barangan ‘aneh’ menjadi kegilaan fesyenista, kini muncul satu aksesori yang selama ini ada banyak di rumah anda.

‘Nobo Clip Earring’ yang menjadi tular ini merupakan sepasang anting-anting yang berbentuk mirip penyepit ampaian.

Sudahlah bentuknya ‘out of the box’, harganya juga tak masuk akal.

Percaya atau tidak, anting-anting berjenama Ambush ini dijual pada harga AS$400(RM1,630)!

Direka dalam pelbagai warna neon seperti oren, hijau dan perak, anting-anting ini kini menjadi koleksi kegemaran golongan hipster dan mereka yang meraih perhatian.

Netizen di Twitter turut berkongsi pelbagai pandangan mengenai anting-anting penyepit ampaian ini.

Menurut seorang pengguna Twitter @sebrinahyeo, “Dei... Go pasar Malam can get a whole bag few ringgit je... I give u free la”.

Mungkin anda boleh jadi yang pertama membeli dan pakai sambil berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur?


Sumber foto: Ambush