Kementerian Pengajian Tinggi menyangkal dakwaan kualiti pendidikan negara berada di kedudukan yang tidak memberansangkan.

Dakwaan bertitik-tolak daripada ketiadaan universiti tempatan yang disenaraikan dalam 400 universiti terbaik dunia sebagaimana dikeluarkan ‘Times Higher Education World University Rankings 2012/2013’.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penarafan itu tidak melambangkan kejatuhan pencapaian universiti tempatan.

Ini kerana penilaian yang dilakukan ‘Times Higher Education’ itu adalah berdasarkan nama dan populariti.

Beliau sebelum itu hadir di Karnival Rakyat Kolej Komuniti Pasir Gudang di Stadium tertutup Pasir Gudang, Johor.

Khaled dalam pada itu turut menyarankan kolej komuniti supaya mewujudkan kursus yang diminati masyarakat kaum Tiong Hua.

Kata beliau ia penting bagi menarik minat kaum itu di mana rekod penglibatan mereka di kolej komuniti cuma 10 peratus sahaja.