Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Ini kerana kata Mohamed Khaled, kerakyatan negara ini tidak boleh diperolehi dengan sekadar membeli apartmen.
"Itu seperti mempertikaikan dasar imigresen negara, dasar kerakyatan... takkan mereka beli apartmen boleh dapat kerakyatan, itu pembohongan semata-mata untuk takutkan orang Johor," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Parit Sulong di sini, hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.
Mohamed Khaled berkata projek Forest City yang membabitkan kos US$100 bilion itu bukan milik syarikat China sepenuhnya kerana mempunyai pegangan tempatan sebanyak 42 peratus.
"Keluasan pembangunan Forest City yang menggunakan tanah yang kita tambak hanyalah sebanyak 0.01 peratus daripada keluasan negeri Johor," katanya.
Beliau juga berkata projek mega tersebut penting bagi membolehkan Johor terus membangun dan mampu bersaing dengan Singapura.
"Takkan Johor hendak jadi halaman belakang Singapura sampai bila-bila, jadi kita perlu pelaburan yang besar, jadi dengan pelaburan itu ia akan membuka peluang Johor untuk menjadi pusat perdagangan, kewangan, perniagaan dan sebagainya," kata Mohamed Khaled.
Beliau berkata projek berkenaan juga tidak tertumpu kepada pasaran China semata-mata tetapi seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017

KHALED: enyataan Dr Mahathir Mohamad berhubung projek Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini. - Gambar AWANI/SHAHIR OMAR

KPDN lancar Ops Campur, 300 kampit beras dirampas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pengilang serta pembungkus beras import ber

Ibu tiga anak maut akibat kebakaran rumah diklasifikasi sebagai kes bunuh
Kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.
[TERKINI] Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor agensi berita Filipina (PNA).

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

China lanjutkan pinjaman AS$2 bilion kepada Pakistan selama setahun lagi
Pinjaman tersebut sepatutnya dibayar semula pada 24 Mac, tetapi China setuju tangguhkannya bagi menyokong kestabilan ekonomi dan usaha pemulihan Pakistan.

China bertindak balas terhadap peningkatan tarif AS
Kementerian Perdagangan China mengumumkan sejumlah tindakan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat menaikkan tarif terhadap negara itu.

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.