KUALA LUMPUR: Unit Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar serta sesi pengajian di 1,260 institusi TVET di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata unit itu juga akan bertindak memastikan tidak berlaku persaingan antara institusi TVET yang mendorong berlakunya pertindihan kursus yang ditawarkan.
"Dengan peruntukan besar yang disediakan kerajaan, kita perlu pastikan ada unit yang bertindak menyelaras aspek pengambilan, kursus dan sesi pengajian institusi TVET agar tidak berlaku pertindihan dan persaingan sesama mereka.
Langkah ini akan memastikan pentadbiran institusi TVET yang lebih efisien selaras peruntukan besar yang disediakan kerajaan bagi program kemahiran itu, yang pastinya mampu meningkatkan lagi nilai kebolehpasaran graduan TVET," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penandatanganan memorandum perjanjian memperkasa pembangunan TVET di Wilayah Ketengah antara Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan Eastern Steel Sdn Bhd dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata Unit Pusat TVET itu berfungsi sebagaimana Unit Pusat Universiti (UPU) yang menyelaras kemasukan ke Universiti Awam.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersama 12 orang menteri daripada kementerian yang menawarkan program TVET di bawah agensi masing-masing akan memastikan Unit Pusat TVET ini dapat melaksanakan penyelarasan dan fungsinya secepat mungkin.
Beliau berkata untuk permulaan, langkah penyelarasan ini akan dilakukan bagi sesi pengambilan pelajar pada Julai dan Ogos akan datang melalui sebuah sekretariat di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.
"Saya yakin langkah ini akan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan TVET yang ketika ini berada di bawah 90 peratus kecuali lepasan TVET daripada UniKL yang telah mencapai 98 peratus," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata langkah yang diambil Kolej Ketengah menjalin kerjasama strategik dengan Eastern Steel dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur akan memperkasakan lagi keupayaan institusi berkenaan melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi.
Ahmad Zahid berkata kerjasama memperkukuh jaringan strategik dengan rakan industri ini membantu memberi peluang kepada golongan belia khususnya di Wilayah Ketengah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburi melalui pendekatan tempatkan dan latih.
Pendedahan serta kepakaran dari rakan industri ini akan memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Ahmad Zahid berkata unit itu juga akan bertindak memastikan tidak berlaku persaingan antara institusi TVET yang mendorong berlakunya pertindihan kursus yang ditawarkan. - Gambar FB Zahid Hamidi
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).
Malaysia perhalusi perkenal aliran TVET seawal tingkatan satu - Ahmad Zahid
Malaysia mempertimbangkan menurunkan had umur buat pelajar aliran TVET bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang diiktiraf pihak industri.
KPM perkenal kurikulum baharu prasekolah pada 2026
Semua guru prasekolah akan dipastikan mempunyai tahap pendidikan tertinggi peringkat ijazah untuk memastikan pendidikan yang lebih holistik.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
MATEPM 2024 rai pencapaian unggul TVET negara
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) kembali lagi untuk merai dan mengiktiraf pencapaian individu cemerlang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Elemen TVET diperkenal kepada murid Tahun Satu pada 2027
Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan elemen TVET bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
Institusi TVET perlu kerjasama industri untuk tawar program berkualiti, relevan - Fadillah
Fadillah berkata kerajaan sedar penawaran aliran TVET di Malaysia perlu ditambah baik agar lebih tersusun dan berkesan.