Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kehebatan UAE dalam bidang TVET membolehkan pelajar-pelajar aliran TVET mereka berjaya di bidang masing-masing malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti pertandingan WorldSkills.
"ACTIVET menyediakan pendidikan TVET termaju dengan mengadaptasi amalan terbaik yang melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal terkini sekalig us dapat membentuk keyakinan dan perasaan bangga kepada pelajar yang mengikuti pendidikan TVET di UAE.
"Institusi ACTVET ini telah mengangkat martabat TVET ke peringkat tertinggi malah berjaya mengubah persepsi pelajar dan ibu bapa mereka untuk memilih aliran TVET sebagai pendidikan arus perdana selepas melalui pendidikan asas darjah enam di UAE.
"Pelajar di ACTIVET selain didedahkan bidang kemahiran bagi industi minyak dan gas, pelajar juga boleh memilih bidang-bidang baharu kemahiran termaju seperti kecerdasan buatan (AI) , tenaga diperbaharui , internet pelbagai benda atau internet of things (IOT), automotif elektrik serta data raya (big data)," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang mengkuti lawatan kerja rasmi beliau ke Abu Dhabi dan Dubai, UAE.
Ketika lawatan Ahmad Zahid ke Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (ACTVET), sebuah institusi TVET terkemuka di Abu Dhabi.
Beliau turut diberi taklimat oleh Dr Mubarak Saeed Al Shamsi selaku Ketua Pengarah ACTIVET.
Dalam pada itu Ahmad Zahid menjelaskan, pihaknya akan memperhalusi isu berkenaan dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa.
"Mungkin agak terlalu premature untuk saya melakukan komitmen, kita mulakan dengan pelajar tingkatan tiga dahulu, kita akan perhalusi di pihak Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi serta pihak berkenaan termasuk ibu bapa sendiri. Kita tidak mahu mengegarkan pendidikan negara buat masa ini
"Di UAE, mereka sudah memulakan ekosistem aliran TVET pada peringkat awal, mereka memulakan pelajaran selepas gred enam atau darjah enam, kaedah ini mendedahkan aliran TVET sejak tingkatan satu.
"Dengan pendedahan subjek teknikal, vokasional dan kejuruteraan telah dijadikan tumpuan, ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal silibus kemahiran dan meneroka bidang baharu yang mereka minati," jelasnya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara menegaskan, kerajaan tidak berhasrat mengkut ekosistem UAE buat masa ini.
"Ini kerana UAE memberikan tumpuan kepada bidang termaju, dengan pendedahan awal umur kepada pelajar di sini untuk menanam minat pelajar kepada aliran teknikal dan vokasional termaju. Tetapi kita akan memperkukuhkan bidang TVET.
"Semoga ia menjadi tarikan utama pelajar sebagai aliran perdana dan mengubah persepsi ibu bapa terhadap TVET bukan lagi pilihan kedua buat anak-anak mereka," ujarnya.
Ahmad Zahid mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu UAE selama tujuh hari dari 13 hingga 19 November.
Semasa lawatan ini, Ahmad Zahid mengadakan perbincangan peringkat tertinggi, tertumpu kepada pengukuhan hubungan dua hala Malaysia UAE khususnya industri halal, pendidikan teknikal dan vokasional TVET serta pengurusan risiko bencana.