KLUANG: Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) Ab Manan Keri yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata operasi yang memasuki hari kedua hari ini turut melibatkan 80 pegawai dan anggota pasukan penyelamat termasuk Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang serta sembilan bot.
"Jarak pencarian juga ditambah melibatkan bahagian atas (hulu) dan hilir tempat kejadian dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejauh kira-kira lapan kilometer, berbanding tiga kilometer semalam.
"Kita juga melibatkan anggota unit penyelam skuba bomba," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di PKTK di Kampung Palembang, di sini hari ini.
Menurut Bahrin, pencarian juga membabitkan tiga sektor bahagian kiri dan kanan tebing sungai, bahagian dasar dan selaman dari Simpang Sungai Melantai hingga Jambatan kedua Jalen Paloh.
"Usaha mencari mangsa yang bermula pada 9 pagi hari ini diharap mempunyai perkembangan yang positif," katanya.
Sementara itu, anak mangsa Mohamad Shahfullah Ab Manan, 29, berharap bapanya dapat ditemukan semula.
"Sama-sama kita berdoa agar ayah dapat ditemukan dalam keadaan selamat dan amat berterima kasih atas usaha yang dilancarkan oleh pasukan penyelamat," katanya.
Terdahulu, warga emas berusia 73 tahun itu dilaporkan hilang setelah menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Batu Pahat dan Kluang, di Dataran Tasik pada Khamis lepas, dengan berpakaian lengkap Kelab Veteran Komando dan beret hijau.
Semalam, Bahrin berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan Persatuan Eng Choon, dan mendapati terdapat kelibat seseorang telah terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Unit Dron PGU Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando GGK Ab Manan Keri yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas. -Gambar fail/Bernama
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Unit dron Bukit Aman bantu pencarian bekas komando hilang
Pencarian membabitkan tiga sektor bahagian kiri dan kanan tebing sungai, bahagian dasar dan selaman dari Simpang Sungai Melantai hingga Jambatan kedua Jalen Paloh.