Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan berlaku di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahagian berkenaan yang akan ditempatkan di Bukit Aman akan diketuai seorang pegawai paling kanan.
"Insya-Allah kita berhajat untuk menjadikan unit anti keganasan bukan lagi unit tetapi bahagian anti keganasan, ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan menolak peristiwa keganasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerapan nilai-nilai murni pada bulan Ramadan di Masjid Mahmudi, di sini Ahad malam.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan memanggil secepat mungkin mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bagi membincangkan langkah menaik taraf unit anti keganasan tersebut.
Sebelum ini, katanya, terdapat sebuah bahagian yang dinamakan Bahagian Anti Keganasan tetapi empat tahun yang lalu ia telah dijadikan sebagai unit.
Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kejadian keganasan yang berlaku di luar negara termasuk yang terbaru di tengah kota London maka bahagian tersebut perlu diwujudkan dengan diketuai pegawai paling kanan.
"Kita merasakan seorang pegawai paling kanan mesti ditempatkan (di bahagian tersebut) untuk melihat bukan sahaja pendekatan secara holistik bagi menangani pencegahan kejadian keganasan tetapi kita harus melakukan lebih daripada itu termasuk mendapatkan kerjasama seluruh masyarakat," katanya.
Justeru, beliau turut mengajak parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama dalam usaha mencegah keganasan itu kerana pencegahan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi semua pihak.
"Semua pihak harus siapsiaga untuk membantu PDRM untuk melakukan pencegahan dan mengatasi masalah ini," katanya.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya sebarang kejadian keganasan termasuk di ibu kota London.
Bernama
Sun Jun 04 2017
![Unit anti keganasan bakal dinaik taraf Unit anti keganasan bakal dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456136536_TangkapIS.jpg)
Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605623708_MuslimPro.jpg)
Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP
Menurut JPDP, Muslim Pro menjelaskan maklumat yang diberikan sebelum ini kepada X-Mode bukan data peribadi.
![Rakyat Filipina bantah undang-undang anti-keganasan Rakyat Filipina bantah undang-undang anti-keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595860049_protestphilippine.jpg)
Rakyat Filipina bantah undang-undang anti-keganasan
Protes berlangsung meskipun terdapat ancaman polis terhadap penangkapan menjelang ucapan tahunan negara itu.
![Unit anti keganasan bakal dinaik taraf Unit anti keganasan bakal dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456136536_TangkapIS.jpg)
Unit anti keganasan bakal dinaik taraf
Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan berlaku di negara ini.
![Malaysia bakal wujudkan pusat serantau bagi tangani ancaman keganasan Malaysia bakal wujudkan pusat serantau bagi tangani ancaman keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452326387_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia bakal wujudkan pusat serantau bagi tangani ancaman keganasan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta sebagai peruntukan awal pembangunan pusat tersebut.
![Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51394435453_295x200.jpg)
Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan
Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.