Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata bahagian undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiapkan draf rang undang-undang itu sebelum dibincangkan secara lebih terperinci dengan Jabatan Peguam Negara.
"KDN akan mengemukakan perkara ini kepada jemaah menteri sebelum dibawa ke
Dewan Rakyat.
"Cadangan rang undang-undang ini mendapat maklum balas baik bukan sahaja daripada pengamal perundangan malah badan bukan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis/ Ketua Polis/ Komander dan Komandan 2/2014 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dekat sini, hari ini.
Berhubung Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan 2013) pula, beliau berkata sehingga hari ini, 306 individu ditahan sejak akta tersebut dipinda.
"Daripada jumlah itu, beberapa pendakwaan telah dibuat dan penahanan telah dilakukan. Pindaan akta merupakan satu tindakan yang berkesan kerana ia bukan hanya sekadar membanteras jenayah tapi ia melakukan usaha pencegahan kepada aktiviti jenayah," katanya.
Ahmad Zahid berkata POCA yang diketuai seorang hakim dan dibantu empat orang ahli itu kini telah diperluas ke Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menyambut baik cadangan Rang Undang-undang Anti Keganasan itu dan menyifatkannya sebagai 'extra tool' dalam menghadapi ancaman militan.
"Khususnya rakyat Malaysia yang berjuang di luar negara dan mungkin balik, boleh mengancam dan mengganggu-gugat keselamatan dalam negara kita," kata beliau ketika ditemui di sini.
Bernama
Mon Dec 15 2014

AHMAD ZAHID: Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan. -Gambar fail

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP
Menurut JPDP, Muslim Pro menjelaskan maklumat yang diberikan sebelum ini kepada X-Mode bukan data peribadi.

Rakyat Filipina bantah undang-undang anti-keganasan
Protes berlangsung meskipun terdapat ancaman polis terhadap penangkapan menjelang ucapan tahunan negara itu.

Unit anti keganasan bakal dinaik taraf
Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan berlaku di negara ini.

Malaysia bakal wujudkan pusat serantau bagi tangani ancaman keganasan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta sebagai peruntukan awal pembangunan pusat tersebut.

Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan
Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.