ALOR SETAR: Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) sedia menawarkan peluang menyambung pengajian kepada 18 orang pelajar Malaysia yang terkesan dengan pergolakan yang berlaku di Sudan.
Pejabat Naib Canselor UniSHAMS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga menyediakan pembelajaran dalam Bahasa Arab dan memiliki lebih 30 tenaga pengajar Antarabangsa dari negara-negara Arab.
"UniSHAMS merakamkan kesyukuran di atas kejayaan pihak Kementerian Luar yang berjaya melaksanakan Pelan Evakuasi rakyat Malaysia di Sudan dalam misi membawa pulang 30 rakyat Malaysia ke tanah air dengan selamat, semalam.
"UniSHAMS bersedia menawarkan peluang dan tawaran menyambung pengajian di UniSHAMS dalam bidang dan peringkat yang berkaitan dan ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dan kelulusan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)," katanya.
Dalam kenyataan itu, UniSHAMS juga bersedia menawarkan pemindahan kredit maksimum dalam usaha untuk memastikan kesinambungan pengajian untuk kesemua 18 pelajar yang terjejas dapat ditangani dengan segera tertakluk kepada Peraturan Akademik UniSHAMS dan kelulusan KPT.
UniSHAMS menawarkan 42 program yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian bermula dari peringkat pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
![UniSHAMS tawar peluang sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan UniSHAMS tawar peluang sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682769888_UniSHAMS.jpg)
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) sedia menawarkan peluang menyambung pengajian kepada 18 orang pelajar Malaysia yang terkesan dengan pergolakan yang berlaku di Sudan. - Foto UniSHAMS
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![UniSHAMS tawar peluang sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan UniSHAMS tawar peluang sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682769888_UniSHAMS.jpg)
UniSHAMS tawar peluang sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan
UniSHAMS sedia menawarkan peluang menyambung pengajian kepada 18 orang pelajar Malaysia yang terkesan dengan pergolakan yang berlaku di Sudan.
![Ada penaja, KFA bayar lagi RM1.26 juta gaji pemain minggu ini - Sanusi Ada penaja, KFA bayar lagi RM1.26 juta gaji pemain minggu ini - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598479203_KFABAYAR.jpg)
Ada penaja, KFA bayar lagi RM1.26 juta gaji pemain minggu ini - Sanusi
Jumlah bayaran itu adalah termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).