KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bersedia menyokong program perintis Alternatif untuk Penahanan (ATD) kanak-kanak dalam tahanan imigresen yang diterajui kerajaan.
Dalam catatan Twitter pada Khamis, Unicef Malaysia (@myUNICEF) berkata ia adalah langkah awal ke arah mewujudkan alternatif kepada kanak-kanak dalam tahanan imigresen di Malaysia.
"Selaras dengan CRC (Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak), tahanan imigresen semestinya bukannya yang terbaik untuk kanak-kanak. UNICEF bersedia untuk menyokong program ATD yang diterajui oleh kerajaan untuk kanak-kanak dalam tahanan imigresen sebagai langkah pertama ke arah mewujudkan alternatif kepada penahanan imigresen kanak-kanak di Malaysia," katanya.
Ciapan itu susulan kepada maklum balas catatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia (@UNinMalaysia) mengenai insiden di Pusat Tahanan Sementara Sungai Bakap.
"Kami amat berdukacita atas kehilangan nyawa berikutan laporan kejadian ratusan individu melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara Sungai Bakap pada Rabu.
"Kami menyeru semua pihak untuk melaksanakan usaha terbaik dalam melindungi nyawa dan memelihara maruah semua yang terlibat, termasuk kanak-kanak," menurut ciapan itu.
Dalam kejadian 4.30 pagi Rabu, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depoh berikutan rusuhan.
Enam daripada mereka maut dilanggar kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bersedia menyokong program perintis Alternatif untuk Penahanan (ATD) kanak-kanak dalam tahanan imigresen yang diterajui kerajaan. - Foto fail/BERNAMA/PDRM
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Ketua UNICEF ‘amat bimbang’ terhadap situasi kemanusiaan di Lubnan yang semakin merosot
Bilangan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan itu meningkat kepada lebih satu juta, termasuk lebih 300,000 kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak
Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
UNICEF sedia sokong kerajaan, lindungi kanak-kanak terabai
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bersedia menyokong kerajaan dalam usaha melindungi kanak-kanak yang terabai daripada jagaan ibu bapa.
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza
Beliau mengesahkan ini insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.
Malnutrisi masih jadi masalah utama di Pasifik - UNICEF
Jonathan Veitch berkata, terdapat trend yang membimbangkan ekoran kekurangan zat makanan kekal menjadi isu penting dalam kalangan negara-negara berkenaan.
Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah
Thailand telah memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menangani isu keciciran pembelajaran melalui dasar "Thailand Zero Dropout".
Cadangan elaun penjagaan kanak-kanak sejagat perlu penelitian rapi - KPWKM
Pertimbangan tersebut wajar dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kedudukan fiskal kerajaan.