UN Global Compact ialah seruan kepada syarikat untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip diterima secara universal.
Ia merangkumi sektor hak asasi manusia, buruh, alam sekitar, dan antirasuah, dan untuk mengambil tindakan dalam menyokong matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pengarah Eksekutif UNGCMYB, Faroze Nadar berkata, aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
“Kami berterima kasih atas sokongan dan teruja untuk bekerjasama dengan Astro untuk mencipta dan berkomunikasi lebih banyak impak dan mencipta perbualan aktif.
“Tentunya ia akan meliputi lima bidang fokus utama tindakan iklim, kesaksamaan jantina, gaji sara hidup, ketahanan air dan kewangan serta pelaburan.
“Kami berharap program 'Forward Faster Louder' ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat dan PKS untuk melangkah ke hadapan untuk menyertai kami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut yang turut dihadiri Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.
Dalam pada itu, beliau berkata, kekuatan Astro adalah capaian dan keupayaan syarikat tersebut yang tiada tandingan dalam mencipta dan memilih kandungan serta perbualan mengenai topik dan isu yang membina kesedaran awam.
“Kami menggunakan suara kami untuk kebaikan untuk menyokong planet yang lebih hijau sambil meningkatkan ESG kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia melalui cerita dan kandungan yang akan memberi inspirasi kepada tindakan positif.
“Kami telah menerbitkan lebih daripada 2,000 jam kandungan berkaitan ESG tahun lepas – dan kami akan melakukannya, bahkan melabur lebih banyak dalam 12 bulan akan datang.
“Kami teruja untuk menggunakan kuasa besar kami dalam bercerita, demi menyokong aspirasi UNGCMYB,” katanya.
Inisiatif 'Forward Faster Louder' akan diperkenalkan kepada syarikat ahli UNGC pada masa akan datang dan mereka yang berminat digalakkan untuk menghubungi UNGCMYB secara terus untuk maklumat lanjut.