KUALA LUMPUR: Strategi jangka panjang dan pelan yang bercita-cita tinggi menjadi kekuatan Malaysia dalam meningkat komitmen tangani isu perubahan iklim menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 dan komitmen dalam Sumbangan Nasional Ditetapkan (NDC).
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyifatkan, cabarannya ialah tertumpu kepada pelan kerja, cara pelaksanaan dan langkah mengatasi kekangan struktur yang ketara.
“Seperti mana-mana pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar yang komprehensif, ia memerlukan usaha bersepadu dan komitmen yang kukuh dan konsisten.
“Terdapat potensi untuk menggerakkan momentum rakyat yang besar mengenai perubahan iklim dan pembangunan mampan, yang boleh memberi manfaat yang besar.
“Belia, organisasi masyarakat sivil, dan sektor swasta perlu mempertimbangkan betapa seriusnya mereka untuk mengambil tindakan ini,” kata UNDP dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada Astro AWANI pada Khamis.
Selain itu, UNDP memaklumkan pihaknya juga akan terus memacu dari segi penambahbaikan dan sokongan untuk meningkatkan tahap cita-cita dan menterjemahkan komitmen tersebut kepada pelaksanaan.
BACA: Ambil kira perubahan iklim dalam pembangunan negara - PM
BACA: AS komited tangani perubahan iklim, bantu negara lain - Blinken
Majlis Air Negara (MAN) sebelum ini menyarankan tindakan segera diambil dalam perancangan pembangunan negara dengan mengambil kira faktor kesan perubahan iklim yang berlaku ketika ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu perlu diambil bagi mengelakkan peningkatan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa pada masa hadapan.
Faris Danial Razi
Thu Dec 16 2021

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyifatkan, cabarannya ialah tertumpu kepada pelan kerja, cara pelaksanaan dan langkah mengatasi kekangan struktur yang ketara. - Foto Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Majlis Biodiversiti Negara perlu terus diperkasa, kukuh strategi kepelbagaian biologi
MBN merupakan platform utama bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti pada peringkat kebangsaan.

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

NRECC fokus sepenuhnya tangani perubahan iklim terutama banjir - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani isu perubahan iklim kerana impaknya terutama banjir sudah menjadi bencana tahun

UNDP terus sokong Malaysia tingkat komitmen isu perubahan iklim
UNDP akan terus beri dorongan dari segi penambahbaikan dan sokongan untuk meningkatkan inisiatif selesaikan isu perubahan iklim.

Bank Dunia umum pelan tangani masalah perubahan iklim
Selain itu, sebanyak AS$25 bilion akan disediakan untuk pembiayaan sektor swasta dalam menghasilkan sumber tenaga bersih menjelang 2020.