PUTRAJAYA: Majlis Biodiversiti Negara (MBN) perlu terus diperkasakan sebagai platform utama bagi mengukuhkan dasar dan strategi pemuliharaan kepelbagaian biologi di peringkat kebangsaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MBN merupakan platform utama bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti pada peringkat kebangsaan.
Beliau berkata penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) sebagai pusat kecemerlangan kepelbagaian biologi peringkat kebangsaan dapat melengkapkan inisiatif pengurusan kepelbagaian biologi di peringkat negeri serta merealisasikan penubuhan Muzium Sejarah Alam Semulajadi Malaysia.
"Selain itu, penyertaan Orang Asli atau orang asal dan komuniti setempat dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, termasuk melalui program perhutanan sosial sewajarnya diberikan tumpuan," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan dan Pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030, di sini, pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anwar berkata, usaha meningkatkan pengurusan kepelbagaian biologi sememangnya mencabar kerana terletak di bawah bidang kuasa negeri dan ia merupakan bidang yang merentasi sektor.
"Justeru, bagi memperkukuh dan merancakkan agenda pemuliharaan kepelbagaian biologi di negara ini, beberapa inisiatif telah diambil di pelbagai peringkat seperti penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Majlis Biodiversiti Pahang, Sarawak Biodiversity Centre dan Sabah Biodiversity Centre," katanya.
Beliau turut menyarankan agar kerajaan negeri menggubal pelan kepelbagaian biologi di negeri masing-masing selari dengan DKBK 2022-2030.
Katanya, ketulusan syarikat swasta, badan-badan korporat, badan bukan kerajaan dan individu dalam membantu kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memperkasakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi amat dialu-alukan.
DKBK merupakan hasil semakan semula DKBK 2016-2025 dengan mengambil kira keperluan semasa di peringkat kebangsaan dan kerangka kepelbagaian biologi antarabangsa iaitu Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework berdasarkan keadaan, keutamaan dan keupayaan negara.
Sebagai kerajaan yang prihatin kepada aspek pemuliharaan kepelbagaian biologi, Anwar berkata langkah transformatif telah dipergiatkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 untuk mengukuhkan usaha membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar.
Ia termasuk insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (EFT) ditambah kepada RM200 juta berbanding RM150 juta pada 2023 untuk memperkasakan kerajaan negeri memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan.
Katanya, Malaysia beriltizam untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai iaitu ketika ini, keluasan kawasan berhutan negara adalah 18,045,600 hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara.
"Berdasarkan laporan oleh World Resources Institute's Global Forest Watch dan Universiti Maryland mengenai penyahhutanan, Malaysia dilaporkan berjaya mengekalkan kadar kehilangan hutan asli pada tahap terendah.
"Secara keseluruhannya, Malaysia telah mengurangkan penyahhutanan hutan asli sebanyak 57 peratus pada 2022, sekali gus meletakkan Malaysia di tempat keempat di antara 10 negara teratas dalam mengurangkan penyahhutanan hutan asli pada 2022," katanya.
Anwar turut memaklumkan akan menghadiri World Climate Action Summit pada 1 dan 2 Dis di Dubai, yang diadakan bersekali dengan Persidangan Ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNFCCC-COP28).
Perdana Menteri juga akan menyampaikan kenyataan negara bagi menyuarakan pandangan dan usaha Malaysia dalam menangani isu perubahan iklim, khususnya yang menyentuh secara langsung dengan pengurusan hutan. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) melancarkan Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Majlis Biodiversiti Negara perlu terus diperkasa, kukuh strategi kepelbagaian biologi
MBN merupakan platform utama bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membincangkan hala tuju dan strategi biodiversiti pada peringkat kebangsaan.