KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Saskatchewan (USASK), Kanada memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan produktiviti hasil sektor pertanian dan perikanan demi menjamin sekuriti makanan negara.
Kolaborasi tersebut dilaksanakan menerusi projek penghasilan makanan berasaskan sumber protein alternatif Black Soldier Fly (BSF) yang diguna untuk membangunkan makanan rumusan kepada haiwan akuatik.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata kerjasama antarabangsa antara sektor pengajian tinggi harus dipertingkatkan untuk menangani isu keselamatan makanan global yang kian meruncing akibat pandemik COVID-19, perubahan iklim dan konflik antarabangsa.
“Kolaborasi seperti ini memberi peluang kepada kita untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Kita percaya bahawa SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti merupakan asas kepada semua SDG yang lain, jadi kita mesti membangunkan program pendidikan melalui perkongsian antarabangsa bagi menghasilkan graduan yang holistik.
“Justeru, saya berharap agar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan University of Saskatchewan (USASK) mempertingkatkan kerjasama untuk membangunkan program-program yang telah dirancang bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyaksikan majlis menandatangani MoU antara UMT dan USASK menerusi projek penghasilan makanan berasaskan sumber protein alternatif BSF yang diguna untuk membangunkan makanan rumusan kepada haiwan akuatik pada Isnin.
Turut hadir Menteri Pendidikan Lanjutan Saskatchewan, Gordon S. Wyant dan Provos merangkap Naib Presiden Akademik USASK, Prof Airini.
Pada masa sama, Noraini berada di Kanada bagi menghadiri Persidangan Parlimen Negara-Negara Komanwel (CPC) ke-65 di Halifax bermula 20 hingga 26 Ogos 2022 anjuran Persatuan Parlimen Negara-Negara Komanwel (CPA).
Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, usaha projek penyelidikan tersebut dilihat amat wajar untuk diaplikasikan kepada industri pemprosesan makanan ternakan akuatik dan haiwan ternakan.
“BSF adalah sejenis serangga yang taburan populasinya boleh ditemui hampir di seluruh dunia mengikut spesies yang tersendiri, larva serangga ini mempunyai kandungan protein, kitin dan lipid yang tinggi dan berkualiti untuk keperluan seharian berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan oleh penyelidik pakar.
“Penggunaan larva BSF adalah sebagai kaedah alternatif dalam mengurangkan kebergantungan sumber protein berasaskan makanan ikan (fish meal) yang digunakan pada masa kini memandangkan kos bahan mentah dari sumber sedia ada ini semakin mahal dan tidak lestari,” katanya.
Tambahnya, haiwan yang diberi makanan rumusan BSF terbukti secara saintifik dapat mempercepatkan tempoh tumbesaran dan meningkatkan daya tahan organisma ternakan sekaligus menyahut seruan kerajaan yang menekankan kepada aspek jaminan makanan (food security) dan makanan masa hadapan (future food)
MoU ini adalah hasil daripada projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh UMT yang menarik minat pihak USASK untuk berkerjasama bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan tersebut menjadi salah satu produk komersial untuk pasaran Kanada.
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT ini bakal diaplikasikan kepada industri pemprosesan makanan ternakan akuatik dan sumber makanan alternatif kepada haiwan.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Mon Aug 22 2022

Dari kiri: Prof Airini, Gordon S. Wyant, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Prof. Mazlan Abd Ghaffar.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

UMT dan USASK meterai kerjasama teknologi jamin sekuriti makanan negara
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Saskatchewan (USASK) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan produktiviti hasil sektor pertanian dan perikanan.