LABUAN: UMNO Labuan akan meneruskan tradisi dengan menganjurkan program 'Ziarah Kasih Ramadan' dengan menyasarkan membantu 300 keluarga daripada golongan miskin tegar sempena bulan Ramadan tahun ini.
Inisiatif yang dimulakan pada tahun 2008 ini akan menyaksikan keluarga yang terpilih oleh 30 cawangan UMNO bahagian di pulau bebas cukai itu akan menerima sumbangan berupa kewangan dan keperluan makanan.
Ketua UMNO Labuan Datuk Rafi Alli Hassan berkata saringan keluarga yang layak akan dijalankan jawatankuasa UMNO cawangan dengan kerjasama ketua kampung.
"Bilangan sasaran tetap sama seperti tahun lalu dengan 10 keluarga setiap cawangan UMNO menjadikan jumlah 300 keluarga di seluruh 30 cawangan kami," katanya kepada pemberita selepas Program Kembali ke Sekolah di Desa Tunas Hijau di sini pada Sabtu.
Katanya penerima tambahan semasa program itu akan ditentukan berdasarkan keperluan.
Beliau berkata inisiatif 'Ziarah Kasih Ramadan' bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin tegar.
"Kami akan mula melawat keluarga miskin tegar yang disenaraikan dari minggu pertama Ramadan hingga minggu ketiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Rafi berkata saringan keluarga yang layak akan dijalankan jawatankuasa UMNO cawangan dengan kerjasama ketua kampung. - Foto fail/BERNAMA
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
UMNO Labuan anjur program ziarah Ramadan, sasar bantu 300 keluarga miskin tegar
UMNO Labuan akan meneruskan tradisi dengan menganjurkan program 'Ziarah Kasih Ramadan' dengan menyasarkan membantu 300 keluarga daripada golongan miskin tegar sempena bulan Ramadan tahun ini.
700 bekas ahli Amanah sertai UMNO Labuan
Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan menyertai UMNO Labuan.