Ibu Pejabat Umno mengesan terdapat cubaan mengedarkan buku senarai calon palsu, dipercayai bertujuan mengelirukan perwakilan bagi pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) hari ini.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata buku calon palsu dengan muka depan tertera gambar kompas dan tulisan 'Kompas Pemilihan Umno 2013' itu diedar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan bahawa buku calon palsu itu diedar di beberapa bahagian di Perak seperti Tambun, yang maklumat di dalamnya dipalsukan dan nombor calon MT yang bertanding hari ini ditukar.
"Dalam buku calon palsu itu, calon nombor 11 sampai calon ke-63, nombor (calon) mereka tidak sama dengan buku calon sebenar yang diedar oleh urusetia (Jawatankuasa Pemilihan Umno) dan ibu pejabat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ab Rauf mengingatkan semua perwakilan meneliti buku calon yang diterima bagi memastikan hanya buku calon yang tulen, tertera logo Umno dan bertulis 'Ahli Majlis Tertinggi' di muka depan, digunakan.
"Jika mereka dapat buku palsu itu, sila abaikan kerana ia tidak dikeluarkan oleh ibu pejabat Umno dan kita tidak mahu perwakilan keliru dan tertipu," katanya.
Ab Rauf berkata satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengesan individu bertangungjawab.
Mengulas peletakan jawatan 14 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan, Ab Rauf berkata sehingga kini ibu pejabat belum menerima sebarang laporan rasmi.
Katanya satu jawatankuasa khas akan diwujudkan selepas menerima laporan untuk menyelidik dan menyiasat kes itu.
"Jawatankuasa khas ini akan menerima dan mengambil kira semua bantahan yang dihantar ke ibu pejabat dan setelah siasatan dilakukan, barulah akan ada tindakan susulan sekiranya ada perkara-perkara yang dilihat ada asas untuk diambil tindakan," katanya.
Rabu lepas, kesemua 14 daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno bahagian Kalabakan dilapor meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan sayap pada Sabtu lepas.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengesahkan bahawa keputusan bagi jawatan anggota MT dan Bahagian akan diumumkan di bahagian masing-masing selepas mendapat pengesahan rasmi.
Bernama
Fri Oct 18 2013
![UMNO kesan buku calon MT dipalsukan UMNO kesan buku calon MT dipalsukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61382102779_295x200.jpg)
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712198602_TajudinAbdulRahman.jpg)
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
![UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701898182_Mesyuarat.jpg)
UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan
Penganjuran itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
!['Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan' 'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661643914_AkhirnyaUMNOteta.jpg)
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
![Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15 Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661640122_UMNO.jpg)
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
![MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642827255_TBISMAILSABRI.jpg)
MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN
Sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara, kata Ismail Sabri.
![Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633884087_ahmadmaslan.jpg)
Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan
Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut politik di Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
![UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616906845_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
![UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619674681_ShahidanKassim.jpg)
UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata MT UMNO tidak boleh dilihat berdiam diri dengan tindakan membelakangkan keputusan parti.
![Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614596658_TBAzlanMan.jpg)
Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P
![Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609946986_ZahidHamidi.jpg)
Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.