UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memulakan program jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai pasukan petugas khas ditubuhkan Kabinet untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata jelajah penerangan itu dijadual bermula 25 Februari ini dan ia harus diadakan ekoran daripada wujudnya cubaan pihak tertentu mempersoalkan pasukan petugas khas tersebut dan membandingkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Isu mengenai urus niaga mata wang asing ini penting kerana ia tidak disiasat secara menyeluruh dan terperinci sebelum ini walaupun ia membabitkan jumlah wang yang besar.
"Kenapa pasukan petugas khas ini ditubuhkan dan kenapa tidak mewujudkan pasukan petugas khas untuk 1MDB?...ini semua akan dijelaskan dalam jelajah penerangan yang akan dilakukan UMNO dan BN nanti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan UMNO di sini, pada Ahad.
Pada 15 Feb lepas, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
Penubuhan pasukan petugas khas itu juga merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan lain daripada agensi yang berkenaan, kata Pejabat Perdana Menteri.
Annuar berkata kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara adalah berbeza dengan isu 1MDB kerana 1MDB adalah entiti yang sudah melalui siasatan dan ia hanya sebuah syarikat.
"Berbeza dengan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara, ia membabitkan kehilangan dana rakyat, maka pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet ini dapat merumuskan dengan lebih jelas siapakah yang menyebabkan kerugian itu dan mengapa ia berlaku.
"Sehubungan itu, kami di pihak kerajaan akan memberi penjelasan lengkap bagi menangkis cubaan pihak tertentu untuk mempersoalkan dan mengkritik penubuhan pasukan petugas khas ini," katanya.
Sesi jelajah penerangan BN dan UMNO itu akan bermula di Hulu Selangor pada 25 Feb ini sebelum meneruskannya di negeri lain pada bulan Mac depan, ia akan membabitkan kerjasama pucuk pimpinan UMNO dan BN, katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata jawatankuasa penerangan UMNO kini menumpukan perhatian kepada tiga gerakan intensif penerangan iaitu melalui ceramah bersemuka di pelbagai peringkat, penyebaran maklumat melalui media elektronik dan cetak serta media baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2017

ANNUAR: Semua akan dijelaskan dalam jelajah penerangan nanti. - Foto Bernama
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

UMNO, BN jelajah seluruh negara jelas kerugian tukaran wang asing Bank Negara
BN memulakan program jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai pasukan petugas khas jalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara.

Kemajuan lebih kukuh dicapai sejak kerugian Forex 25 tahun lepas - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ
Bank Negara Malaysia berkata dakwaan Raja Petra Kamaruddin adalah tidak berasas dan BNM telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.