Umat Islam di seluruh dunia diseru untuk terus mengunjungi Masjid Al-Aqsa walaupun menghadapi tekanan tentera Israel kerana melalui cara itulah masjid ketiga suci orang Islam itu dapat dipertahankan.
Mufti Besar Baitul Maqdis Sheikh Mohammad Ahmad Husein berkata kunjungan yang tidak putus-putus secara tidak langsung akan menunjukkan tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketika membuat seruan itu beliau berkata pada masa ini penduduk Palestin semakin terancam dan tertindas dan mereka juga dilarang walaupun untuk menganjurkan majlis kecil seperti memperingati tokoh pendidikan baru-baru ini.
"Inilah mengapa umat Islam di seluruh dunia perlu datang menziarahi masjid itu kerana kehadiran mereka menyemarakkan semangat dan keazaman mempertahankan hak mereka," katanya ketika ditemui Bernama bersempena lawatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke masjid itu di sini, semalam.
Berangkat sama ialah anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda disambut Pengerusi Jawatankuasa Tinggi Hal Ehwal Islam Al-Quds, Dr Ekremah Said Sabry.
Baginda diiringi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.
Tuanku Syed Faizuddin juga sempat menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebelum menyampaikan 30 kerusi roda bagi kegunaan jemaah di situ.
Dr Ekremah yang juga penjaga Masjid Al-Aqsa berkata Perjanjian Oslo pada 1993 yang berat sebelah menyebabkan nasib rakyat Palestin semakin tertindas.
"Perjanjian itu seolah-olah Amerika memberi hak kepada Israel melakukan apa sahaja terhadap rakyat Palestin," katanya.
Beliau menasihatkan mereka yang ingin membuat sumbangan atau derma supaya berbuat demikian melalui saluran rasmi seperti Duta Palestin di Kuala Lumpur dan Arab Saudi atau Menteri Wakaf Jordan supaya sumbangan sampai kepada mereka yang layak menerimanya.
Perbualan wakil Bernama dengan beberapa penduduk (melalui penterjemah) menyatakan penduduk Tebing Gaza yang paling teruk menderita akibat kekejaman Israel.
Perjanjian Oslo ditandatangani pada 1993 dan 1995 yang bertujuan membawa ke arah penubuhan sebuah negara Palestin merdeka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018

Mufti Besar Baitul Maqdis Sheikh Mohammad Ahmad Husein berkata kunjungan yang tidak putus-putus ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung akan menunjukkan tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. -Gambar fail/AP

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.