Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada Khamis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pengumumkan tarikh mula berpuasa bagi seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Khamis dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa kaedah penentuan hari pertama Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.