KUALA LUMPUR:Universiti Malaya mencatat sejarah apabila berjaya disenaraikan dalam 10 universiti terbaik di Asia buat kali pertama.
Menerusi laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021, UM berada di tempat kesembilan, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.
Lebih membanggakan, tahun ini menyaksikan sembilan universiti tempatan lain, turut berjaya disenarai dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia.
Selain UM, turut menerima peiktirafan ialah Universiti Putra Malaysia (ke28), Universiti Sains Malaysia (ke-34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi Malaysia (ke-39), Universiti Teknologi Petronas (ke-70), Universiti Taylor's (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke107) dan Universiti Teknologi MARA (ke-108).
Turut tersenarai ialah Universiti Islam Antarabangsa (123), Universiti Malaysia Pahang (133), Management and Science University (139), Universiti Tunku Abdul Rahman (157), Universiti Tenaga Nasional (168), Sunway Unversity (172) dan Universiti Multimedia (190).
"Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala tuju Pendidikan Tinggi Negara berada atas landasan yang betul.
"Tahun 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau juga menegaskan kejayaan ini menunjukkan Malaysia berpotensi menjadi hab pendidikan di Asia, selain membantu IPT menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia.
"Laporan itu juga menyatakan Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini.
"Sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi di kalangan akademik dan majikan di peringkat Asia," katanya.
Madiha Abdullah
Wed Nov 25 2020
UM berada di tempat kesembilan, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Universiti Tsukuba lancar kampus cawangan luar negara pertama di UM
Penubuhan Universiti Tsukuba, Malaysia (UTMy) itu membuktikan keyakinan diberikan kepada Malaysia khususnya dalam sektor pengajian tinggi.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.
Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.
Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC
Pemilihan Farah adalah selepas kejayaannya muncul sebagai juara di peringkat kebangsaan dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2021.
Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.
Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset.
UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor
Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Universiti Malaya tahan kerja pelaku kes gangguan seksual pelajar
Pelaku telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan dikenakan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun.
IPT akan dibuka semula, tunggu menteri KPT umum tarikh - Ismail Sabri
Mesyuarat Khas bersetuju untuk membuka semula semua institusi pengajian tinggi (IPT) kepada pelajar tempatan antarabangsa.