PADANG TERAP:Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter masuk ke sebuah rumah sebelum melingkar di atas televisyen di Kampung Pong Manis, Padang Terap, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah berkenaan pada jam 4.44 petang.
Beliau berkata, pemanggil menyedari ular tedung selar sepanjang hampir lima meter itu melingkar di atas televisyen.
"Ketika itu ular berkenaan sedang berada berhampiran seekor kucing berdekatan televisyen. Dia menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) kerana bimbang ular itu bertindak agresif," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Shukri berkata, pasukannya mengambil masa hampir 10 minit untuk menangkap ular tedung selar berkenaan yang agresif dan cuba menyerang serta mematuk anggota.
Beliau berkata, ular tedung selar seberat 25 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas menangkap ular.
Ular tedung selar itu kemudian dibawa ke pejabat APM Padang Terap sebelum diserahkan kepada PERHILITAN.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 14 2020

Pengadu menyedari ular tedung selar sepanjang hampir lima meter itu melingkar di atas televisyen. -Gambar APM

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ular tedung selar 5 meter berlingkar atas televisyen
Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter masuk ke sebuah rumah sebelum melingkar di atas televisyen di Kampung Pong Manis, Padang Terap, hari ini.

Sangkakan ayam nak bertelur, rupanya ular tedung atas kepala
Seorang suri rumah berdepan detik cemas selepas seekor ular tedung selar secara tiba-tiba bergayut di atas alang rumah yang betul-betul berada atas kepalanya.

Penduduk terkejut tedung selar 3 meter 'datang bertamu'
Anggota APM mengambil masa lebih 10 minit menjinakkan ular seberat lapan kilogram yang telah lari bersembunyi di dalam longgokan kayu di bawah atap zink di hadapan rumah.

'Bila buka, ular tedung dah depan pintu' - Penduduk terkejut sambut 'tetamu tak diundang'
Seekor ular tedung selar seberat 15 kilogram (kg) cuba memasuki sebuah rumah penduduk di Kampung Peria Lama malam tadi.

Tedung selar 3.5 meter menyelinap dalam bilik guru
Anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap tedung selar itu yang bersembunyi di dalam bilik guru.

Tedung kepanasan? APM Jeli tangkap 4 ekor selang beberapa hari
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli berjaya menangkap empat ekor ular tedung selar di lokasi yang berbeza dalam tempoh empat hari.

Ular tedung selar 'berdiri' di tepi almari
Seekor ular tedung selar agresif sepanjang 12 meter dengen berat 15 kilogram, ditemui 'berdiri' di tepi almari dan bersedia nutuk menyerang.