Digelar Cikgu Ukulele, Ahmad Sobri Muzammil Hussain tidak pernah menyangka alat muzik berkenaan akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada hidupnya malah kepada anak-anak muridnya.
Mana tidaknya, pengorbanan anak muda itu dalam mengajar muzik kepada anak muridnya bukan sahaja berhasil menarik minat pelajar kepada pendidikan malah berjaya memperbaiki rekod kehadiran murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, dekat sini.
Guru berusia 27 tahun dari Terengganu itu, mula meraih perhatian umum di seluruh negara dengan usahanya memperlihatkan kehebatan anak didiknya mengalunkan pelbagai lagu menggunakan alat muzik ukulele.
Mengimbas kembali permulaan kisahnya, Ahmad Sobri berkata sebelum tertubuhnya Bukit Mahkota Ukulele Group tu, dia menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk membeli 10 buah ukulele dengan peralatan lain sebagai usaha untuk membekalkan peralatan untuk anak murid.
"Ketika itu dengan kewangan masih tidak seberapa memandangkan saya baru mengajar tetapi niat dan nawaitu saya hanya untuk membantu anak murid dan kemenjadian mereka sangat penting di samping sokongan guru besar dan pihak sekolah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolahnya, di sini, hari ini.
Apa yang lebih menggembirakan ialah apabila segelintir murid yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah sebelum ini berubah setelah terlibat dalam kumpulan tersebut.
"Bermain ukulele pada waktu yang saya tetapkan telah menyebabkan mereka berminat dan datang ke sekolah. Dorongan guru besar dan guru-guru lain ialah back bone (kekuatan) saya.
"Makin lama, kedatangan makin baik dan bila kedatangan makin baik, maka pelajaran pun makin meningkat dan itulah sasaran saya sebenarnya," katanya yang kini mempunyai anak didik berdaftar seramai 50 pelajar di sekolah berkenaan.
Ahmad Sobri turut bersyukur dengan muzik ukulele juga pelajar dapat menyalurkan bakat yang dimiliki dan sebagai dorongan untuk pelajar hadir ke sekolah.
Selain itu, kumpulan itu turut mendapat suntikan semangat apabila menerima sumbangan 12 biji ukulele dari pemain ukulele Taiwan ketika menghadiri Kuala Lumpur Ukulele Festival tahun lepas.
Sehingga kini, ahli kelab berkenaan telah berjaya mengalunkan hampir 20 buah lagu menggunakan ukulele yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan sebagainya.
"Para pelajar dapat menyerlahkan bakat mereka menerusi muzik. Ada yang pemalu, tidak mahu tonjolkan diri tapi apabila dia menyertai kumpulan muzik ini, dia dapat menyerlahkan potensi diri sebenar, berani ke hadapan," katanya.
Ahmad Sobri turut merancang dan berharap agar suatu hari nanti beliau dapat membawa anak didiknya menyertai program silang budaya antara negara sebagai usaha mendedahkan pelajar dengan budaya luar seperti Indonesia dan Singapura.
Turut senada dengan Ahmad Sobri ialah Guru Besar sekolah berkenaan iaitu Mohd Johari Muda yang menyifatkan semangat guru muda tersebut ikhlas dalam mendidik pelajar sekolah berkenaan.
"Pihak sekolah amat gembira kerana dari program kecil telah mendapat kesan yang besar bagi sekolah dalam mengatasi masalah ponteng. Apabila viral dan mereka membuat persembahan baik, ia menarik minat murid untuk hadir ke sekolah secara tidak langsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2019

Ahmad Sobri memberi penerangan kepada murid-murid sebelum memainkan alat muzik ukulele ketika ditemui di bilik muzik SKBM Felda Bukit Aping Timur pada Khamis. - Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'Ukulele' penghubung murid dan guru, serlah potensi diri
Guru itu mula meraih perhatian umum dengan usahanya memperlihatkan kehebatan anak didiknya mengalunkan pelbagai lagu menggunakan alat muzik ukulele.