BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merancang bekerjasama dengan Tashkent State University of Oriental Studies (TSIOS) di Uzbekistan untuk mewujudkan Kursi Bahasa Melayu dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Pengarah Institut Islam Hadhari (Hadhari) UKM, Prof Fariza Md Sham, berkata inisiatif itu masih dalam perbincangan dan akan cuba dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kami membuat perancangan untuk mewujudkan Kursi Bahasa Melayu di TSIOS sebab di sana sudah ada subjek Bahasa Melayu.
"Kami sudah berbincang bersama Timbalan Menteri Luar Uzbekistan, Furkat Sidikov dan dalam masa terdekat ini, kami akan perhalusi cadangan ini dengan lebih terperinci.
"Jika berkesempatan, kami akan cuba mewujudkannya kerana tiga pensyarah kami akan melaksanakan penyelidikan di Imam Bukhari International Scientific Research Centre di sana," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dengan International Islamic Academy of Uzbekistan dan TSIOS, di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Sidikov; Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Profesor Emeritus Datuk Mohamad Abd Razak; dan Naib Canselor UKM Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman; dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM, Prof Datuk Norazah Mohd Nordin.
Sementara itu, mengulas mengenai MoU berkenaan, Norazah berkata ia jalinan kerjasama strategik dalam jaringan penyelidikan, mobiliti pelajar, dan pertukaran pensyarah kedua-dua negara.
"Dengan termeterainya MoU ini, ia akan merapatkan lagi hubungan antara UKM dan kerajaan Malaysia dengan institusi pendidikan tinggi di Uzbekistan," katanya.
Tambahnya, kerjasama di antara UKM dengan institusi pendidikan tinggi di Uzbekistan telah terjalin sejak 12 tahun lalu melalui jaringan perkongsian pelbagai sektor.
Eton Khir
Wed Mar 30 2022
![UKM orak langkah martabat Bahasa Melayu di Uzbekistan UKM orak langkah martabat Bahasa Melayu di Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648559741_TBUKM.jpg)
MoU itu adalah untuk kerjasama strategik bagi jaringan penyelidikan, mobiliti pelajar dan pertukaran pensyarah Malaysia-Uzbekistan dan Uzbekistan-Malaysia. -Foto UKM
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
![Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950 Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736869254_TBJPM.jpg)
Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.
![Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729487131_TBZambry.jpg)
Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
![UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025 UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612182182_logoUKM.jpg)
UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.
![Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715725259_AnwarIbrahim.jpg)
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
![Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709482430_kamus.jpg)
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
![KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/81446286088_USM.jpg)
KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.
![Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700214153_TBAdzlianaProfDa.jpg)
Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.
![UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697318460_MOUUKM.jpg)
UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.
![UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666954957_logoUKM.jpg)
UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.