KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengukuhkan kedudukannya dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings (WUR) 2024 dengan trajektori luar biasa yang ditonjolkan menerusi tonggak tinjauan antarabangsa.
Sebagai satu daripada tiga universiti terbaik di Malaysia, UKM menerima markah keseluruhan yang mengagumkan iaitu 46.7 yang terbahagi kepada 45.7 mata untuk Pengajaran, 27.8 mata untuk Persekitaran Penyelidikan, 58.7 mata untuk Kualiti Penyelidikan, 47.4 mata untuk Penglibatan Industri serta 74.9 mata untuk Pandangan Antarabangsa.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi institusi berkenaan dalam memupuk perspektif global.
"Melalui usaha bersepadu dalam pengantarabangsaan dan inisiatif global, kami telah mencapai kemajuan besar dalam memperluaskan pandangan antarabangsa kami, sekali gus mengukuhkan kehadiran kami di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata UKM juga telah mengambil langkah penting dengan menubuhkan kampus UKM Qatar yang bakal menawarkan empat program luar pesisir prasiswazah dan pascasiswazah menjelang akhir tahun ini dan pemulaan pelbagai program kerjasama melibatkan institusi antarabangsa berprestij dari China, Thailand dan Jerman.
Dalam kenyataan itu, Mohd Ekhwan turut menekankan penubuhan Pusat Penyelidikan Malaysia-Indonesia oleh Institut Malaysia dan Pengajian Antarabangsa (IKMAS) baru-baru ini yang akan memberi tumpuan dalam melahirkan pakar dalam bidang pengajian Indonesia dan Malaysia di samping mengukuhkan ikatan antara kedua-dua negara.
Selain itu, beliau berkata UKM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terkenal di China bagi meningkatkan kerjasama dalam kajian dan penyelidikan.
"Inisiatif ini telah meningkatkan keterlihatan global UKM secara ketara, menyebabkan kemasukan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat apabila UKM menerima lebih 7,000 permohonan antarabangsa dan kini menjadi tuan rumah kepada 5,261 pelajar antarabangsa merentasi pelbagai program prasiswazah dan pascasiswazah," katanya.
Mohd Ekhwan juga menekankan kepentingan pengiktirafan UKM dalam THE World University Rankings, menyifatkan ia sebagai sumber motivasi kuat untuk mengejar kecemerlangan global dalam pendidikan dan penyelidikan universiti.
Pada masa ini, UKM menawarkan 16 kursus kelayakan mikro dan 35 kursus MOOC (Massive Open Online Course), menyediakan pelajar dari seluruh dunia akses kepada pendidikan berkualiti tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

UKM menerima markah keseluruhan yang mengagumkan iaitu 46.7 yang termasuk 45.7 mata untuk Pengajaran, 27.8 mata untuk Persekitaran Penyelidikan dan 74.9 mata untuk Pandangan Antarabangsa.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.

Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.

UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.