Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan sistem e-Wakaf sebagai usaha mengumpul dana bagi melestarikan sistem pendidikan dan pembangunan fizikal universiti itu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Hassan Said berkata sistem web ini dibangunkan oleh pihak UiTM sendiri dengan usahasama Perbadanan Wakaf Selangor dan bakal melancarkan e-Wakaf ini pada 13 Januari.
"Sehubungan itu kami amat mengalu-alukan sumbangan dana berbentuk wang tunai atau barangan daripada pelbagai pihak yang bakal membawa manfaat besar kepada universiti serta komuniti.
"Menerusi wakaf ini kita membuka peluang kepada alumni (UiTM), warga universiti, pihak korporat dan masyarakat untuk menyumbang bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Jelas Hassan, sumbangan yang diterima bukan sahaja digunakan untuk membina bangunan dan infrastuktur, malah akan turut diperluaskan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.
Beliau berkata menerusi e-Wakaf, UiTM akan memperkenalkan Wakaf Am dan Wakaf Khas bagi memudahkan pihak berkaitan memberi sumbangan.
"Wakaf Am tidak bergantung pada satu-satu barang atau aset dan pihak universiti boleh menggunakan wang yang disumbang itu untuk membina dewan kuliah atau sebagainya, manakala Wakaf Khas adalah wakaf yang lebih spesifik, contohnya jika penyumbang mahu dana digunakan untuk membina kampus, kita akan guna dana itu untuk bina kampus dan bukan sebaliknya," katanya.
Menurut Hassan, pelaksanaan e-wakaf itu membolehkan universiti tidak bergantung sepenuhnya kepada pembiayaaan oleh kerajaan.
Beliau turut menyasarkan bahawa UiTM mampu mengumpul dana berjumlah RM1 bilion menerusi pelaksanaan e-wakaf itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Inilah antara usaha kita untuk memperkasakan lagi universiti ini sekaligus diharap dapat berdaya saing dengan universiti lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
![UiTM perkenal sistem e-Wakaf untuk kumpul dana, lestarikan sistem pendidikan UiTM perkenal sistem e-Wakaf untuk kumpul dana, lestarikan sistem pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450069615_DatukDrHassanSaid.jpg)
HASSAN: UiTM akan memperkenalkan sistem e-Wakaf sebagai usaha mengumpul dana bagi melestarikan sistem pendidikan dan pembangunan fizikal universiti. - Foto: Laman web Taylor's
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![UiTM perkenal sistem e-Wakaf untuk kumpul dana, lestarikan sistem pendidikan UiTM perkenal sistem e-Wakaf untuk kumpul dana, lestarikan sistem pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450069615_DatukDrHassanSaid.jpg)
UiTM perkenal sistem e-Wakaf untuk kumpul dana, lestarikan sistem pendidikan
UiTM akan memperkenalkan sistem e-Wakaf sebagai usaha mengumpul dana bagi melestarikan sistem pendidikan dan pembangunan fizikal universiti itu.