KANGAR: Mahkamah Majistret Kangar hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang juruteknik IT selepas mengaku bersalah mengugut untuk menyebar gambar bogel kanak-kanak perempuan bawah umur di Jalan Kaki Bukit antara 19 hingga 24 September lalu.
Tertuduh, Razman Ramli, 36, yang berasal dari Kangar mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa berusia 14 tahun itu menerusi panggilan video Whatsapp kira-kira jam 8 malam pada 19 September dan kira-kira jam 9.30 malam pada 24 September lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah berkomunikasi secara seksual bersama kanak-kanak perempuan tersebut pada tarikh dan waktu yang sama.
Manakala pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dalam dua cakera keras yang disimpan di kawasan kebun getah dan hasil siasatan membawa kepada penemuan bahan tersebut pada 25 September kira-kira jam 10.30 pagi.
Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 15(b), Seksyen 11(1)(a) dan Seksyen 10 Akta Seksual Kanak-kanak 2017.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nor Shuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Azira Aziz.
Nor Syuhada berkata pihaknya memohon satu hukuman berat kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan perbuatan sedemikian.
Peguam yang mewakili tertuduh meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh yang berpendapatan rendah yang menjadi tunjang keluarga selain mempunyai tanggungan isteri yang sarat mengandung 8 bulan serta seorang anak berusia 4 tahun.
Tertuduh juga menyesali perbuatan selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Pada 2 Oktober lalu, mangsa membuat laporan polis berhubung ugutan penyebaran gambar bogel mangsa yang dikirim kepada tertuduh sebagai syarat menyertai pencarian model.
Tertuduh menawarkan mangsa peluang pekerjaan sebagai model pakaian pengantin dengan tawaran gaji sebanyak RM4,000 dan memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai seorang wanita dengan meminta mangsa mengirim gambar bogel untuk memastikan kanak-kanak itu masih dara.
Tertuduh yang ditahan pada 21 Oktober itu dipercayai aktif melakukan perbuatan itu sejak 2009.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 27 2021
Pada 2 Oktober lalu, mangsa membuat laporan polis berhubung ugutan penyebaran gambar bogel mangsa yang dikirim kepada tertuduh sebagai syarat menyertai pencarian model. - Foto Astro AWANI
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Ugut sebar gambar bogel kanak-kanak, juruteknik dipenjara 3 tahun
Tertuduh didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa berusia 14 tahun itu menerusi panggilan video Whatsapp.