Mengubahsuai sistem pendawaian kenderaan tanpa mengikut spesifikasi merupakan antara punca utama berlakunya peningkatan kes kebakaran melibatkan kenderaan sejak kebelakangan ini.
Di Kedah sahaja, peningkatan direkodkan membabitkan sebanyak 51 kes dalam tempoh tiga bulan tahun ini, serta satu kematian.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zahar Abdullah berkata, kebanyakan kes dipercayai berpunca daripada pengubahsuaian pada sistem pendawaian kenderaan.
Katanya, sepanjang tahun lalu sebanyak 208 kes kebakaran kenderaan dilaporkan, melibatkan satu kematian, manakala pada 2016, terdapat 187 kes dengan dua kematian.
"Kenderaan yang mengubahsuai pendawaian elektronik memang mudah berlaku kebakaran.
"Jadi, kita nasihatkan supaya, masyarakat yang mahu buat pengubahsuaian, rujuk kepada pakar elektrik ataupun pendawaian.
"Ini supaya pendawaian yang dibuat itu dengan cara yang betul, tidak boleh mendatangkan kebakaran," katanya.
Mohd Zahar ditemui pada Majlis Penutupan Pertandingan Pemilihan Kadet Bomba Peringkat Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Yan di sini hari ini.
Dalam kejadian terbaru 26 Mac lalu di Kilometer 6.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Bukit Kayu Hitam, sebuah kereta Nissan Cefiro terbakar ketika sedang dipandu.
Kejadian itu mengakibatkan mangsa, seorang doktor perubatan, rentung di dalam kenderaannya.
Kes itu masih dalam siasatan Bahagian Siasatan Forensik JBPM Kedah bagi mengenal pasti punca kebakaran yang melibatkan berlaku letupan sebelum kenderaan yang dipandu mangsa itu hangus 90 peratus.
Mohd Zahar berkata, salah satu punca berlakunya kebakaran adalah kecuaian pemilik kenderaan yang meninggalkan 'power bank' di dalam kereta.
Ini kerana, jelasnya, suhu panas yang melampau adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan kebakaran kenderaan.
Sementara itu, pada 8 Februari lalu, seorang guru terkejut apabila kenderaan yang diparkirnya berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, tiba-tiba terbakar.
Dalam kejadian itu, kereta jenis Honda CRV hangus terbakar.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 29 2018
Dalam kejadian 26 Mac lalu, sebuah kereta Nissan Cefiro terbakar ketika sedang dipandu di Kilometer 6.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Bukit Kayu Hitam. - fotoBERNAMA / Fail
Iran berjaya lancar satelit ke angkasa lepas
Satelit Chamran-1 mempunyai berat 60 kilogram dan berjaya mencapai orbit 550 kilometer di angkasa lepas.
Rusia, Ukraine tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Pertukaran tahanan itu berlaku selepas kejayaan rundingan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi orang tengah.
Derma pakaian, PM Britain didakwa langgar peraturan Parlimen
Keir Starmer tidak mengisytiharkan seorang ahli perniagaan kaya dan penderma Parti Buruh membeli pakaian mewah untuk isterinya, Victoria.
Polis siasat resit pesanan makanan segera ada catatan hina Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai, di sini, yang tertera catatan berbaur provokasi menghina agama Islam hingga ia tular di media sosial.
Isu GISBH: JAIS diarah kerjasama dengan PDRM banteras jenayah syariah - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berganding bahu dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras kesalahan jenayah, termasuk jenayah syariah yang berlaku di Selangor.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Kanak-kanak yang mencapai usia enam tahun wajib mendapat pendidikan rendah dari Darjah Satu hingga Enam dan ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hlaing menagih bantuan asing bagi menangani banjir yang mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.
Tiada perjanjian gencatan senjata jika tuntutan rakyat Palestin tidak dipatuhi
Hamas bersama beberapa gerakan kumpulan Palestin lain menegaskan perjanjian gencatan senjata yang sedang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan berjaya jika tuntutan rakyatnya tidak dipenuhi.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Hampir 4,000 rakyat Gaza hilang tangan, kaki
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, satu perempat daripada mangsa yang cedera dalam perang di Gaza, mengalami kehilangan upaya yang akan menjejaskan kehidupan mereka nanti.
Bomba selamatkan 38 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Batang Kali
Kejadian melibatkan 38 mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas
Ketiga-tiga mereka membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California
Anggota bomba menjalankan operasi menebang pokok di sekitar Taman Mill di California dalam usaha menghentikan kebakaran hutan merebak pada Sabtu.
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba
Trend pembakaran terbuka di Sarawak sejak Isnin lepas sangat membimbangkan apabila jumlah kes mencatatkan peningkatan mendadak semalam.
Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.
Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun
Bomba menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan tujuh lelaki dewasa yang juga penuntut IPT di Kuantan, Pahang mandi di kawasan itu.
Helikopter terbang rendah kerana latihan, orang ramai diminta tidak panik - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila melihat helikopter jabatan itu terbang rendah atau berlegar-legar di daerah Putatan dan ka