Kerajaan Turkmenistan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, hasrat itu disampaikan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin berkenaan pada Ahad (27 Oktober).
“Saya ada berbincang dengan Presiden (Turkmenistan) dan dia mengalu-alukan peranan Petronas di Turkmenistan. Dia menyatakan hasratnya supaya Petronas terus aktif di sini dan dia cakap extension (lanjut) (PSC) selama 10 tahun lagi,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada malam Ahad (27 Okt), sebelum mengakhiri lawatan rasmi dua hari beliau ke Turkmenistan pada Isnin.
Pada 1996, Petronas diberikan PSC selama 32 tahun yang berakhir pada 2028 untuk mengeluarkan gas asli di kawasan Blok 1 di Laut Caspian.
Ketika ini Turkmenistan berada di kedudukan keempat teratas di dunia yang mempunyai simpanan gas asli bawah tanah, selepas Russia, Iran dan Qatar.
Simpanan gas asli yang ada sekarang ialah sebanyak 20 trilion meter padu, namun jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana masih banyak kawasan di negara itu yang masih belum diteroka.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pelanjutan PSC itu menunjukkan kerajaan Turkmenistan berpuas hati dengan peranan yang dilakukan Petronas dan beliau yakin negara tersebut akan mempertimbangkan konsesi lain kepada syarikat petroleum nasional itu.
Beliau berkata di Turkmenistan, Petronas terlibat 100 peratus dalam aktiviti mengeluarkan minyak dan gas di negara berkenaan, berbanding 15 peratus di Azerbaijan.
Sebelum melakukan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan, Dr Mahathir berada di Azerbaijan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, semasa pertemuannya dengan Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan itu telah menyuarakan hasratnya supaya diadakan pameran barangan Malaysia di negara tersebut.
Beliau berkata, Berdimuhamedov juga berpendapat bahawa banyak bidang yang boleh dikembang dan ditingkatkan antara Malaysia dan Turkmenistan.
“Kita mendapat sambutan amat baik, mereka very friendly (sangat mesra) dan saya berpendapat kita boleh adakan dagangan dengan mereka walaupun jumlah penduduknya cuma lima juta orang, tetapi ada (hasil) pendapatan daripada minyak. Mereka kaya, jadi ada baik bagi kita mengambil bahagian dalam dagangan dengan mereka.
“Mereka juga berhasrat supaya mengadakan shipbuilding (pembinaan kapal) di sini, dan kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan shipbuilding... kita boleh periksa (lihat) sama ada kita boleh ambil bahagian dalam shipbuilding di sini,” katanya.
Pada Ahad (semalam), Dr Mahathir dan Berdimuhamedov, mengadakan mesyuarat terhad diikuti mesyuarat dua hala dan majlis pemeteraian program kerjasama.
Delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
![Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572250414_TBTUNLAWATANx.jpg)
Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama Gurbanguly Berdimuhamedov selepas sesi bersama media dan mesyuarat dua hala pada majlis sambutan rasmi di Istana Presiden sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Ashgabat, Turkmenistan. - Gambar BERNAMA
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572250414_TBTUNLAWATANx.jpg)
Turkmenistan hasrat lanjut PSC kepada Petronas sehingga 2038 - Dr Mahathir
Kerajaan Turkmenistan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038
![Saya janji tidak akan duduk lama, cuma masalah negara amat besar - Tun M Saya janji tidak akan duduk lama, cuma masalah negara amat besar - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572224085_TBMahathirMohamad.jpg)
Saya janji tidak akan duduk lama, cuma masalah negara amat besar - Tun M
Apabila saya puas hati, saya tidaklah akan teruskan tetapi saya tak dapat nak bagi masa tertentu kerana masalah negara ini amat besar dan tak mudah untuk kita selesaikan, kata Dr Mahathir.
![Nafas baharu dalam hubungan Malaysia-Turkmenistan Nafas baharu dalam hubungan Malaysia-Turkmenistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572183827_TBTUNLAWATANx.jpg)
Nafas baharu dalam hubungan Malaysia-Turkmenistan
Dibayangi oleh sejarah Perang Dingin, Malaysia dan Turkmenistan dahulu tidak sejajar dan berasingan sama ada mengikut Blok Barat atau Blok Timur.