KUALA LUMPUR: Turkiye menjalin kerjasama erat dengan Malaysia berhubung isu Palestin, termasuk penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Diplomat itu berkata perkara berkenaan turut dibincangkan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan dua hari beliau ke Turkiye pada 21 Oktober.
"Seperti rakyat Malaysia, warga Turkiye turut memberi bantuan kemanusiaan kepada Palestin. Turkiye juga mengambil pendekatan menerusi usaha diplomasi untuk menghentikan pertumpahan darah dan menghulurkan bantuan kemanusiaan," katanya kepada Bernama dalam jawapan bertulis sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-100 Turkiye pada 29 Okt.
Anwar pada Selasa menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan isu Palestin.
Beliau berkata Turkiye komited untuk memulihkan keamanan di rantau itu secepat mungkin dan Ankara akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan, kemakmuran, dan kestabilan di seluruh dunia.
Ankara melaksanakan dasar luar negara berpandukan objektif 'Peace at Home, Peace in the World' , kata beliau.
Dalam pada itu, semasa majlis resepsi untuk meraikan ulang tahun ke-100 Turkiye pada malam Isnin, Yuksel menyuarakan keyakinan Turkiye dan Malaysia ialah dua negara penting bagi wilayah masing-masing.
Beliau juga percaya bahawa hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara yang merentasi pelbagai peringkat dan bidang, sudah pasti membawa kepada masa depan yang lebih baik dan cerah.
"Malaysia mampu memainkan peranan penting pada abad ini. Golongan muda yang berpendidikan tinggi dan infrastruktur yang kukuh adalah jaminan kejayaan masa depannya," katanya.
Turkiye dan Malaysia meningkatkan kerjasama ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2022.
Yuksel berkata jumlah perdagangan dan bilangan pelancong semakin meningkat hasil keazaman pemimpin kedua-dua negara dan mekanisme komersial yang semakin meningkat antara Ankara dan Kuala Lumpur.
Malaysia ialah rakan dagangan terbesar Turkiye di ASEAN dengan nilai perdagangan mencecah US$4.7 bilion (US$1=RM4.51) pada 2022, meningkat 35 peratus berbanding 2021.
Majlis resepsi itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sekumpulan chef dan pemuzik dari bandar Gaziantep yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti serta bantuan yang dihulurkan susulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye pada 6 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Perkara berkenaan turut dibincangkan antara Recep Tayyip Erdogan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan beliau ke Turkiye pada 21 Oktober. - Bernama
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
Perdagangan bilateral China-Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion
Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM kepada pasukan Palestin
KBS berterima kasih kepada FAM yang menyediakan gelanggang berkecuali kepada Palestin menentang Jordan.
Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Laut China Selatan: Berunding dengan China bermakna Malaysia berpaling dari dasar sedia ada - Pakar
Jika Malaysia memulakan rundingan dengan China mengenai pertikaian perairan di Laut China Selatan, maka negara berpaling daripada daripada dasar yang menyatakan China bukan pihak berhak menuntut.
Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi.