KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) terkumpul adalah sebanyak RM3.4 billion sehingga 31 Mei 2023.
Menurut Kementerian Kewangan, bilangan permohonan tuntutan WTD telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2022 bagi tempoh yang sama sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat ke atas wang tak dituntut.
"Baki sehingga 31 Mac 2023 adalah berjumlah RM11.0 billion dan sehingga 31 Mei 2023 adalah berjumlah RM11.5 billion.
Serahan WTD yang diterima pada tahun 2023 sehingga 31 Mei 2023 adalah RM1.3 bilion dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2022, bagi tempoh yang sama," menurut kementerian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat pada 13 Jun yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terenganu) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan untuk memastikan orang awam menuntut semula WTD bagaimana kerajaan menggunakan faedah yang diperoleh sebanyak RM250 juta hasil pelaburan WTD dalam simpanan tetap.
Menurut kementerian, peningkatan tuntutan semula disebabkan oleh pelaksanaan operasi penguatkuasaan pematuhan Akta Wang Tak Dituntut 1965 ke atas syarikat dan firma di seluruh negara.
Sementara itu, berdasarkan akta berkenaan (Akta Wang Tak Dituntut 1965) WTD yang telah mencapai 15 tahun akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dan semua yang dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dibelanjakan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan negara berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957.
"Manakala sebahagian besar baki yang diakaunkan di Akaun Amanah Disatukan telah dilaburkan dalam Simpanan Tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957. Hasil daripada pelaburan tersebut diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan yang sama," katanya.
Bagaimanapun, menurut kementerian, bagi WTD yang telah dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan atau Akaun Amanah Disatukan, permohonan tuntutan WTD masih boleh dituntut tanpa tempoh akhir dan pemohon yang berhak boleh membuat permohonan tuntutan pada bila-bila masa.
Selain itu, hebahan WTD juga dibuat melalui media massa, laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta program-program bertemu pelanggan telah diadakan sepanjang tahun bermula dari tahun 2017 sehingga kini bagi memberi kesedaran sekali gus menggalakkan tuntutan WTD oleh orang awam.
Kementerian Kewangan berkata faedah yang terima diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan negara selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023

Dewan Rakyat hari ini diberitahu jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) terkumpul adalah sebanyak RM3.4 billion sehingga 31 Mei 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

RM6.9 bilion wang tak dituntut, semak atas talian tahun depan - MOF
JANM wujudkan sistem semakan atas talian bagi memudahkan rakyat Malaysia, dan ia dijangka boleh diakses selewat-lewatnya awal tahun depan.