JOHOR BAHRU: Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan lebih RM11,000 dua tahun lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Tempoh tahanan reman sehingga Ahad itu membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kedua-dua suspek berusia 43 dan 47 tahun itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sebelum itu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.
Pada Ahad, kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Johor antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, sekitar penghujung Januari 2021, kedua-dua suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan terbabit tidak dilaksanakan.
Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan lebih RM11,000 dua tahun lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Tempoh tahanan reman sehingga Ahad itu membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kedua-dua suspek berusia 43 dan 47 tahun itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sebelum itu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.
Pada Ahad, kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Johor antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, sekitar penghujung Januari 2021, kedua-dua suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan terbabit tidak dilaksanakan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023

Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah NGO dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin. - Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tuntutan palsu: Bekas pengerusi, bendahari NGO direman 7 hari
Bekas pengerusi bergelar Datuk dan bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu.