KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap tindakan-tindakan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mengetengahkan isu perubahan iklim dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.
Berkongsi pencapaian anakandanya itu, Seri Paduka bertitah baginda memperoleh inspirasi daripada visi dan perjuangan Tengku Hassanal kerana ia mengingatkan semua pihak mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh belia dalam menangani perubahan iklim.
"Tengku Hassanal mengingatkan saya bahawa generasi saya tidak mengambil tindakan secukupnya untuk memperjuangkan alam sekitar, dan malangnya banyak kesan negatif kepada iklim global adalah akibat generasi saya. Masih ada harapan untuk belia kita.
"Anakanda memaklumkan saya bahawa menjadi tanggungjawab generasi muda untuk menangani kesan negatif perubahan iklim, beliau bertuah sebab berada dalam kedudukan yang mempunyai pengaruh, beliau melihat ada tanggungjawabnya untuk cuba memimpin belia Pahang menangani perubahan iklim dan mencapai karbon sifar bersih (net zero) menjelang 2030," katanya.
Tunku Azizah bertitah demikian dalam titah dirajanya pada acara Climate Talks For A Green Future di Pavilion Turkiye di Dubai hari ini, sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28).
Baginda berkenan menyampaikan ucapan di Pavilion Turkiye itu atas jemputan Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan.
Teks ucaptama Seri Paduka dikongsikan kepada Bernama oleh Istana Negara.
Dalam ucaptama baginda bertajuk "The Future of Our World is Young: Why The Youth Should Lead Climate Action", Tunku Azizah turut melahirkan rasa kagum dan sokongan terhadap tindakan tegas Pemangku Raja Pahang dalam menangani isu alam sekitar walaupun berdepan dengan beberapa perbezaan pandangan.
"Saya sangat bangga dengannya dan berdiri di sisinya untuk masa depan planet kita. Saya berharap usaha anakanda akan menggalakkan belia lain di seluruh Malaysia, dan semoga seluruh dunia, memainkan peranan mereka dalam tindakan mengenai perubahan iklim. Jadi, inilah permintaan saya - mari kita seru kerajaan dan juga ibu bapa kita untuk mendengar suara belia kita.
"Alhamdulillah, kita mempunyai belia yang mempunyai tenaga gigih dan wawasan untuk melakukan perubahan itu demi menyelamatkan planet kita. Marilah kita memberi galakan dan menyokong mereka, menjadikan masa depan mereka mampan, cerah dan penuh harapan," titah baginda.
Antara pencapaian Tengku Hassanal termasuk berjaya memujuk kerajaan negeri Pahang untuk komited menjadi negeri karbon sifar bersih menjelang 2030, memujuk kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan tanah yang luas untuk menjadi rizab harimau pertama di Asia Tenggara dan menghasilkan pelan tindakan untuk pemuliharaan bagi negeri itu dalam visinya menangani perubahan iklim.
Raja Permaisuri Agong bertitah Tengku Hassanal akan menyampaikan ucaptama esok di Pavilion Malaysia dan Singapura mengenai 'Forging Green Economy' serta 'Biodiversity and Water' pada 6 Dis ini.
COP28 berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis di Dubai.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis untuk lawatan khas yang berakhir pada 4 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
![Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701439770_Agong.jpg)
Seri Paduka bertitah baginda memperoleh inspirasi daripada visi dan perjuangan Tengku Hassanal kerana ia mengingatkan semua pihak mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh belia dalam menangani perubahan iklim. - Gambar Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701439770_Agong.jpg)
Tunku Azizah harap usaha Tengku Mahkota Pahang dalam isu perubahan iklim bangkitkan inspirasi
Tunku Azizah berharap tindakan-tindakan Tengku Hassanal dalam mengetengahkan isu perubahan iklim dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.