KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi 'zig-zag' di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akhirnya membawa padah apabila dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan memerintahkan Syarif Nazri Ataullah Shahriman, 26, menjalani hukuman itu hari ini selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara tiga bulan.
Dia didakwa menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan orang awam di DUKE pada 2.30 pagi, 29 Okt 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun jika sabit kesalahan.
Semasa meminta hukuman yang ringan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Mariappan, yang mewakili Syarif Nazri Ataullah memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya telah insaf dan ketika kejadian usianya masih mentah iaitu 20 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal kerana tindakan berlumba di jalan raya membahayakan keselamatan pengguna lain.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh ditahan anggota polis selepas dilihat menunggang motosikal secara bahaya dan melulu dengan melakukan aksi 'zig-zag'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Dia didakwa menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan orang awam di DUKE pada 2.30 pagi, 29 Okt 2016. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tunggang motosikal secara melulu, lelaki dipenjara sehari, denda
Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi 'zig-zag' di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akhirnya membawa padah apabila dipenjara sehari dan didenda RM5,000.