Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.
Difahamkan, beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.
Berita itu turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramaniam, bekas menteri kesihatan yang juga pernah menjadi Presiden MIC, menerusi akaun peribadi Facebook miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga Presiden MCA, turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.
Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Jalan Ipoh bermula jam 2 petang ini.
Menurut bekas setiausaha akhbar mendiang, Datuk E Sivabalan, upacara pembakaran mayat akan berlangsung pada jam 4 petang Jumaat di Jalan Kuari, Cheras.