Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan Udara Diraja Thailand, Don Mueang di sini bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke negara itu.
Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba pukul 11.30 pagi waktu tempatan.
Ketibaan beliau disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan Attaché Pertahanan Malaysia di Thailand, Brigidier Jeneral, Baharuddin Ahmad.
Sementara mewakili Kerajaan Thai pula adalah Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suwaphan Tanyuvardhana dan Duta Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn.
Dr Mahathir sebelum ini pernah mengadakan lima lawatan rasmi ke Thailand sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat antara 1981 sehingga 2003, yang terakhir pada 2003 semasa beliau menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bangkok.
Lawatan dua hari itu bermula dengan majlis sambutan rasmi di Bangunan Pentadbiran Kerajaan diikuti dengan mesyuarat dua hala dan sulit dengan rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha di lokasi yang sama.
Kedua-dua pemimpin kemudian akan mengadakan sidang media bersama sejurus selepas mesyuarat.
Pada Khamis pula, Perdana Menteri dijadual menerima kunjungan hormat daripada pengerusi salah satu konglomerat tersohor, TCC Group, Tan Sri Charoen Sirivadhanabhakdi dan mengadakan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand Chamber of Commerce.
Dr Mahathir juga dijadualkan menemui rakan lamanya Jen (B) Prem Tinsulanonda yang merupakan bekas Perdana Menteri Thailand dari 1980 sehingga 1988 di kediamannya di Si Sao Thewes, Bangkok.
Bekas pemimpin berumur 98 tahun itu juga adalah Presiden Privy Council, badan penasihat paling berpengaruh kepada Raja Maha Vajiralongkorn.
Pada sebelah petangnya Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis makan tengah hari dengan diaspora Malaysia di Thailand, sebelum berlepas Universiti Chulalongkorn untuk satu lagi majlis di sana.
Dr Mahathir akan menyampaikan syarahan bertajuk Hubungan Dua Hala "Malaysia-Thailand" dalam konteks Asean, sebelum menamatkan lawatannya ke Thailand.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 24 2018
Dr Mahathir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Bangkok pukul 11.30 pagi waktu tempatan. - Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.