Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tidak bersikap pilih kasih isu Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya dengan himpunan yang pernah dihadirinya sebelum ini.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, Dr Mahathir juga terlupa pernah menghadiri beberapa siri perhimpunan dan dialog mengenai isu kemanusiaan sejagat.
"Bukankah pada tahun 1984, Kerajaan pimpinan Dr Mahathir menganjurkan perhimpunan di Stadium Negara bagi menyambut kedatangan Almarhum Yasser Arafat?
"Bukankah alasannya pada ketika itu adalah untuk menyokong pembebasan Palestin dan menentang rejim Zionis?
"Masihkah Dr Mahathir ingat perhimpunan yang dianjurkan pada tahun 1990 untuk menyambut kedatangan pemimpin parti ANC, Mendiang Nelson Mandela? Bukankah pada ketika itu Dr Mahathir bersolidariti menentang diskriminasi warna kulit yang berlaku di Afrika Selatan?" soalnya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: PM Najib dan Malaysia tidak akan berdiam diri soal penindasan ke atas Rohingya
BACA: Guna saluran diplomatik selesaikan isu Rohingya - Abdul Hadi
Ibdilillah mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempersoalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Himpunan Solidariti Ummah bagi membantah kekejaman Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Jelas Dr Mahathir, Datuk Seri Najib seharusnya mengambil pendekatan 'kerajaan kepada kerajaan' dan bukannya 'rakyat kepada kerajaan', sepertimana yang dilakukannya.
Dalam pada itu Ibdilillah menegaskan, Dr Mahathir sendiri pernah berkongsi pentas bersama bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam satu dialog mengenai isu kezaliman rejim Zionis terhadap Palestin pada tahun 2002?
"Mengapa Dr Mahathir pilih untuk bersikap 'double standard'? Perbuatannya dahulu amat bercanggah dengan apa beliau ungkapkan hari ini.
"Dr Mahathir sebenarnya tidak mudah lupa, tetapi beliau dengan sengaja melupakan perbuatannya dahulu demi menyerang Kerajaan Barisan Nasional," tegasnya.
Datuk Seri Najib pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, di Stadium Taman Tasik Titiwangsa menegaskan beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan Rohingya di Myanmar.
Katanya, Malaysia akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan etnik beragama Islam di Myanmar itu.
Turut hadir pada perhimpunan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa anggota kabinet termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta beberapa pucuk pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Wan Syamsul Amly
Sun Dec 04 2016
!['Tun Mahathir jangan pilih kasih isu perhimpunan' - Ibdilillah 'Tun Mahathir jangan pilih kasih isu perhimpunan' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469097529_TunMahathir.jpg)
Dr Mahathir diminta tidak bersikap pilih kasih isu Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya dengan himpunan yang pernah dihadirinya. - Gambar fail
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651761989_DialogTigaPenjuru.jpg)
Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.
![Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561239275_MahathirMohamad.jpg)
Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perkara itu dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok hari ini.
![Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61527848455_mapim.jpg)
Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim
Kaum minoriti paling tertindas di dunia itu juga menetap dalam wilayah ASEAN sejak berdekad-dekad lamanya.
![Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508141232_Rohingyarefugees.jpg)
Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.
![Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466429741_UNCHR.jpg)
Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC
Kerajaan harus mengambil kira segenap aspek sekiranya mahu menimbangkan cadangan tersebut supaya tidak wujud diskriminasi kepada warga tempatan.