Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan memberi tindakbalas yang positif ke atas rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).
Mengikut laporan Bernama, satu kenyataan dari pejabat beliau mengatakan, bekas Perdana Menteri itu sekarang sedang menjalani rawatan susulan, fisioterapi dan senaman.
"Pasukan perubatan berpuas hati dengan kemajuan beliau"
Itu antara isi kandungan kenyataan tersebut.
Setakat ini, lawatan dihadkan hanya kepada ahli keluarga terdekat mengikut nasihat doktor.
Di dalam akaun rasmi Facebook Tun Mahathir, beliau dilaporkan semakin pulih dan berada di dalam keadaan stabil.
Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir bertambah pulih dan stabil. Beliau berterima kasih kepada semua yang mendoakan beliau"
Isnin lalu, Tun Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan dada.
Azyyati Ahmad
Thu Nov 21 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kenderaan jenazah Sultan Azlan Shah beredar dari IJN
Kenderaan yang membawa jenazah Sultan Perak Sultan Azlan Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN).

Tun Mahathir beri tindakbalas positif ke atas rawatan
Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan memberi tindakbalas yang positif ke atas rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan dada
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan dada, menurut Bernama.