Tun Dr Mahathir Mohamad, yang genap usia 94 tahun hari ini, menyifatkan ibu beliau, Allahyarham Wan Tempawan Wan Hanapi, sebagai individu paling berpengaruh dalam hidupnya.
“Beliau membesarkan saya, beliau mendidik saya tentang budi pekerti, tentang perkara yang seharusnya saya lakukan,” kata Perdana Menteri kepada Bernama Radio dalam wawancara khas bersempena ulang tahun itu.
Ditanya rahsia beliau yang begitu bersemangat dan bertenaga, Dr Mahathir berkata, beliau kini bersederhana dalam melakukan pelbagai perkara, termasuk makan minum selain sentiasa aktif.
“Saya jaga berat badan supaya jangan keterlaluan dan ini bermakna saya berhati-hati bila makan dan saya berpendapat kalau kita tidak aktif dalam kehidupan, kita akan jadi lemah sama ada tubuh badan atau akal fikiran. Bila aktif, barulah semuanya berfungsi dengan baik,” katanya.
Jika ada kelapangan, Dr Mahathir berkata beliau suka membaca dan menulis serta melakukan sedikit sebanyak senaman.
Mengimbau kembali ke zaman remajanya, Dr Mahathir berkata, dunia begitu mudah ketika itu kerana hidup beliau semata-mata berkisar tentang sekolah, tempat tinggal dan bandar Alor Setar semasa beliau meniti usia dewasa di kawasan kejiranan yang dihuni pelbagai kaum.
Masih terpahat dalam ingatan beliau, selain sebuah kedai yang menjual bahan pembuatan songket dan barangan gangsa, tiada kedai lain yang dikendalikan oleh orang Melayu ketika itu.
“Saya nak bangga dengan pencapaian orang Melayu tapi saya nampak tak ada sesuatu yang saya boleh bangga dengan kedudukan mereka di zaman British,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menganggapkan kegagalan terbesar beliau adalah kegagalannya untuk mengubah tabiat orang Melayu dan sistem nilai mereka.
Dr Mahathir memberitahu Bernama Radio, beliau berusaha untuk mengubah orang Melayu supaya mereka lebih serasi dengan kemajuan, bagaimanapun sebahagian besar daripadanya memilih untuk kekal dengan cara mereka sendiri.
Ditanya tentang pemimpin dunia yang beliau jadikan sebagai contoh, Dr Mahathir menamakan Nelson Mandela yang berjuang menentang Apartheid di Afrika Selatan, selain menyatakan beliau juga mengagumi Czar Rusia Peter the Great.
“Sebab dia dapat tukar negara Rusia daripada negara yang tidak tersusun supaya menjadi negara yang mampu jadi kuasa dunia,” katanya.
Mengulas tentang kriteria yang perlu dimiliki seorang pemimpin, Dr Mahathir berkata, individu itu perlu tahu tentang keadaan dalam negara selain perkembangan serantau dan di seluruh dunia.
“Kita tidak boleh asingkan diri kita seolah-olah hidup tunggal (bersendirian), tidak ada kaitan dengan jiran dan negara-negara lain di dunia,” katanya.
Kepada soalan yang agak santai, Dr Mahathir berkata penyanyi tempatan yang beliau minati ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, menggemari kopi berbanding teh dan memilih Jepun sebagai antara negara yang beliau paling suka kunjungi. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2019
![Tun M terhutang budi dengan arwah ibu Tun M terhutang budi dengan arwah ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562737597_BdayTunM.jpg)
Dr Mahathir sifatkan ibunya merupakan individu paling berpengaruh dalam kehidupannya.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
![Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir bidas keputusan MAHB yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
![Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718182051_tbTunDrMahathirMo.jpg)
Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian
Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, keputusan tersebut dibuat oleh Kabinet pada ketika itu.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718169555_TBMahathir.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
![RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718161952_RCIBatuPuteh.jpg)
RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan
Dr Mahathir menghadiri prosiding RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, di Putrajaya, hari ini.
![Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657620609_TBmahathir.jpg)
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
![12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman 12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694834649_TBTUNM.jpg)
12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk
![SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714132726_TBMASHUP.jpg)
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.