KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) sudah dibenarkan pulang.

Bekas Perdana Menteri itu yang dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu didiscaj sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

IJN dalam kenyataannya memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi itu telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan pulang mengikut jadual.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang dimasukkan ke IJN.