Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada jam 4.30pm hari ini.

Sebelum ini, bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu dimasukkan ke wad selepas mengalami masalah jangkitan dada pada 9 Ogos dan diletakkan dibawah pemerhatian untuk beberapa hari.

Menurut kenyataan dikeluarkan IJN hari ini, Dr Mahathir akan meneruskan proses pemulihan melalui fisioterapi di rumah beliau.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN ialah pada 16 November, 2013 namun dibenarkan keluar beberapa hari selepas menerima rawatan.

Dr Mahathir juga bakal mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang status pendaftarannya dalam pertimbangan Pendaftar Pertubuhan (ROS), setelah dimohon oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.